Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.
Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Ia perlu melukut di tepi gantang dan mendapat belas ihsan khususnya DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen.
PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN.
Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.
Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya kepada PAS, bahkan kepada DAP.
Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.
Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.
Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap.
Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para media.
Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".
Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya.
Anwar pun meletakkan seluruh kesalahan dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).
Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP.
Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.
Ketika menyertai pilihan raya, Pakatan dan PKR khususnya dilihat terlalu yakin atau over confident.
Di mana-mana sahaja, Anwar menyanyikan lagu: "Tanya sama Najib, apa sebab goyang?"
Ini bertujuan mengejek BN yang didakwa akan kehilangan Sabah. Di saat-saat genting itulah, kesepakatan Pakatan rupa-rupanya rapuh apabila banyak tempat berlaku pula pertembungan sesama sendiri.
Hal berkenaan sedikit sebanyak digunakan BN sebagai bahan kempen demi menjejaskan peluang Pakatan di mata para pengundi seluruh negara.
Mungkin kerana terlalu yakin dan gemar menyanyi lagu mengejek di ceramah-ceramah, maka Anwar terlupa untuk mengikat kesepakatan yang kuat di kalangan parti-parti dalam Pakatan sendiri.
Kata-kata manis Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kononnya pembahagian kerusi sesama Pakatan "sudah selesai" hanya kata-kata politik sahaja.
Begitu juga di mana sepanjang lebih setahun Anwar aktif berkempen ke seluruh negara sebelum pilihan raya, Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat asyik goyang kaki dan tidak banyak membantu Anwar dan Pakatan.
DAP dan PAS hanya menunggu untuk menuai hasil daripada apa yang disemai oleh Anwar dan PKR.
Di kalangan pemimpin PKR dan aktivisnya, sikap DAP dan PAS yang suka memanipulasi mood rakyat yang diciptakan Anwar itu sudah lama terasa.
Bahkan pembahagian kerusi di peringkat DUN yang cuba dibolot PAS dan DAP di "kawasan pengundi Cina" juga menjadi rungutan ramai pemimpin PKR peringkat bawah yang tak dipedulikan pimpinan tertinggi PKR.
Akibat terlalu yakin, mungkin dirasakan kalau diletakkan calon "selipar Jepun" sekalipun maka PKR boleh menang.
Di ketika PAS dan DAP cuba menangguk di air keruh dan memanipulasi keadaan, Anwar pula bukan terfokus untuk memperkukuh partinya sendiri.
Sejak pemilihan tiga tahun lalu, beliau nampaknya dalam diam-diam lebih berminat untuk menyiapkan sarana untuk anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar lebih kukuh dalam PKR.
Semua muka-muka baru yang dilantik adalah orang-orang yang boleh tunduk dan bekerjasama dengan Nurul Izzah.
Nama seperti Ketua Biro Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sehingga naib presiden paling muda, N Surendran adalah orang-orang Nurul Izzah. Itu belum termasuk Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng yang dilihat dapat "diikat" untuk berada bawah kem Nurul Izzah.
Semua mereka ini kini memegang jawatan penting di peringkat pusat. Begitu juga anak saudara Anwar sendiri, Chegubard yang akhirnya dapat menjadi calon di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dengan lari daripada kerusi asalnya di Rembau, Negeri Sembilan.
Tanpa pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh sekalipun, Chegubard tetap kalah.
Mengatur buah politik secara senyap-senyap yang dilakukan ini sangat buruk kepada PKR sebagai sebuah "parti masa depan" seperti yang selalu dilaungkan Anwar.
PKR seharusnya tak meniru parti-parti lain seperti Umno, MCA bahkan DAP yang sudah terikat dengan amalan nepotisme. Nampaknya hampir semua parti politik di Malaysia kini dilanda penyakit politik anak-beranak.
Parti politik bukan milik individu. Umno bukan milik keluarga Najib Razak, Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi.
Begitu juga PAS bukan 'syarikat' milik Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Hadi. DAP pula bukan milik keluarga Kit Siang atau Karpal Singh. Begitu jugalah PKR bukan milik keluarga Anwar.
Kesempatan dan sumber dana yang diperoleh oleh PKR yang mengemudi kerajaan Selangor selama lima tahun lalu gagal digunakan sepenuhnya untuk membantu negeri-negeri lain dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Ramai orang tahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin dilihat mempunyai hubungan rapat dengan presiden PKR.
Tahun lalu Khalid menyediakan dana jutaan ringgit yang diberi nama "Geran Selangorku" yang mana dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.
Sejak itu juga Anwar sudah tak mengungkit-ungkit lagi elaun seringgit yang diberikan kepadanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.
Apabila fokus kepada rakyat terpesong dan mula ada yang membuat kem anak-beranak di dalam parti, maka Allah juga mempunyai rancangannya sendiri. Siapakah yang sebenarnya perlu dipersalahkan apabila Pakatan gagal ke Putrajaya?
Keputusan pilihan raya umum lalu tentu ada hikmah yang tersembunyi dan memikirkan apa yang tidak kena dengan barisan pimpinan tertinggi PKR yang ada sekarang.
AZIZUL RAHIM seorang aktivis dan pengamat politik nasional. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI
22 comments:
Mengaku Aktivis dan pengamat politik nasional konon..Baca tulisannya pon, aku dan dapat agak ini blogger upahan,,,tak tau la sapa upah dia tapi yang pasti dia tak tau politik pun,,,kalau pengamat politik pun, dia baru mengamat 2-3 sebelum PRU13 saja,,,so kau AR jangan dok mengaku
aktivis dan pegamal politik Nasional...Sebenarnya inilah seorang lagi PENGANALIS KANGKONG..Aku ambik contoh; adake dia tulis CheguBard lari dari Rembau dan menjadi calon di Sg Acheh kerana sedara ngan Anwar brahim..NAMPAK JELAS DAN NYATA NAK FITNAH CheGuBard...Kalu ko tak tau apa cerita knape cHeguBard bertandang ke Sg Acheh, jangan ngompol,buat research dulu la braDER...jadi kita semua awas kerana terdapat ramai blogger sekarang ni,,,yang mengaku aktivis dan pengamat politik ni kita tak boleh percaya... Kita buat analisis dan wat kajian sendiri.
Admin blog ni pun bingai gak, tulisan macam sampah ni pun nak link masuk blog. Nak tanyalah kalu DSAI tak kempen sungguh-sungguh agak2 PR dapat tak undi popular 52 %.
rileks bro, jgn mare2, itu kn dh d unjurkan dlm mase kini, bebas menyuarakan pndapat wa'ima btol ke x, demokrasi la katekan..he3.
rileks bro, jgn mare2, itu kn dh d unjurkan dlm mase kini, bebas menyuarakan pndapat wa'ima btol ke x, demokrasi la katekan..he3.
Ar Pengamat politik yg bangang
Salam. Pandangan yg rapuh. Antara point yang utama ialah nak hentam anwar. Nepotisme kalau ada dalam pakatan pun bukan sebab nak kaut duit dan tipu rakyat. semua yg dipilih terbukti dengan kelayakan dan berkebolehan. Bukan macam BN nepotisme yang menipu dan menyusahkan rakyat. Jenis ada otak UMNO lebih suka bangkit isu macam ni dari bongkar salah laku BN yang dari dulu sampai sekarang terus menganiaya rakyat. Jenis blogger macam ni takat syok sendiri saja. fuiyo... kena sebijik.. haha... Dasar otak UMNO.
Tulis ikut sedap kepala lutut dia je.Bingai.brapa banyak kau dapat RM dari Umngok?Tanpa DSAI, PAS dan DAP takan dpt bersatu.Tanpa DSAI ,rakyat begitu Daif dengan Penipuan dan Ketamakan pemimpin Umngok dan BN selama 55 tahun memerintah Malaysia secara HARAM, kau tau ngok?
Rencana tiada mutu. Apa yang nak ditunjukan.pkr lemah? Dapat kerusi lebih dari pas. Pbb serawak sikit kerusi dari umno. Adakah pbb taibmahmud m3lukut kat umno atau umno melukut pada pbb..
Naktunjuk kroni nurul izzah. ? Nurul izah bertanding lawan terkuat .raja nong cik kalau tgna lawan raja nong cik di tempat ditempat yang samapun mesti tough fight.dia dulu punmenang dengan ketua wanita umno yang ketika itu belum tercalar maruahnya.nurul izah menang dangan kekuatan kebolehan dan paling utama calon pru 13 paling cun.
Nak tunjuka apa lagi anwar kerja lguan eng tak kerja ? K3napa nakbagi orang pkr marah.l deyyy .. kalau limguqn eng tak korje mana bol3h 90 peratus cina undi pakatan... so apa sobonarnya matlamat artikel in..tak dak fokus dan tajukspesifik .. aku rasa sebonarnya artikel ini nak tunjuk anwar dah tak releven . ? KALAU BETUL kenapa sampai hari ini bn dok terus hentam anwar. Sebonarnya tidak pernah dalam sejarah seorang individu keluar umno boleh kalhkan bndari segiundipopular.we stillneedyou anwa3
Ini pandangan blogger tu..jadi ..kItA tulis balance Balik..hujah dia...admin CUma nak wake up je..
HANG KENA TENGOK SECARA KESELURUHAN, TEMPAT/KERUSI PKR BERTANDING, SISTEM YANG DIJALANKAN. KITA TIDAK BOLEH MENUDUH TANPA SEBARANG BUKTI. TETAPI ALLAH TAALA TELAH MENUNJUKKAN BUKTI DENGAN JELAS BAGI SETIAP PENGUNDI PADA HARI ITU.TENGOK JARI MASING-MASING.HANYA YANG BERAKAL DAN BERIMAN AKAN MENJAWAB DENGAN PENUH KEIKHLASAN. JIKA DAKWAT KEKAL DIGUNAKAN, JANGAN KATA DSAI, SEMUA RAKYAT AKAN MEMBISU... YANG MENANG AKAN CELEBRATE DENGAN PENUH GAYA..., YANG KALAH BIASA LAH...AKU RELAX AJE... APA-APA PUN, BIAR LAH ADIL.
Tuan-Tuan
Jika DSAI di Amerika sebagai pensyarah sepanjang PRU13 dan tidak kehulu ke hilir berkempen AGAK AGAK Pakatan Rakyat boleh dapat ke 52% undi popular. Boleh hero PAS bagi analisis....
Fikir pd yg berakal
admin pun xboleh pakai..matang la skit admin..dah bape tahun tulis blog tapi tulisan sampah camni pn xleh nilai..matang skit berpolitik admin.
Aku percaya video tulin...Gambar jamban tulin..video terbaru tulin...
Kalau benarlah ada teknologi video mcm tu maka lagi beberapa tahun pelakon2 semua tak wujud...ambik jer muka lepas tu tampal buat filem pakai komputer...lagi jimat..bayangkan..
PR ditipu dari sebelum pilihanraya lagi. PR bukan macam kumpulan pemberontak macam di negara lain... So, kena usaha lagi menghalang/menolak penipuan ni. Kemenangan akan tercipta bila sokongan secukupnya dapat mengatasi segala penipuan yang dibuat. Tunggulah pada pru14 nanti, saluran 4 akan makin kurang. Yang kat sabah sarawak pun akan maju sikit. Teruskan untuk perubahan.
Kalau blogger macamni lebih baik jangan layan. Ini gang merompak keputusan PRU13 dan lah kaki ampu, baik belajar lagi, jangan baca dan dengar media pro umno yang fitnah, fitnah dan fitnah sebab itu ilmu mu tak ada standard.
Nama pun media org kampong..org kampong tarak nk baca la blog hang ni..depa tu dh memang otak beku dok gila kat dacing je..hangpa nk kata apa kat anwar hangpa kata la..satu je aku bgtau statement ini taraf longkang je..org dh kedepan depa nk patah belakang balik..mcm sial!!!
Depa perasan..kaduk naik junjung mcm tu la..bila depa rasa depa hebat depa dh tk pandang anwar dan pkr..klu tk percaya kita tgk pru14 ni jika tanpa anwar..bye bye le pr..tp itu yg bn nak..
Artikel sampah..f
Satu masa nnti anwar ni akn d kenang krn reform kan serta membangkitkan minda rakyat malaysia..waktu tu anak cucu nk kencing kat kubur sape kita tk tahu..!!!
lawak bila parti macam dap, pkr dikata parti anak beranak...
memang la, dah masa dap, pkr duk kat bawah... mana ada orang lain nak join... zaman tu, anak beranak je la yang ada dulu... berjuang dari awal... lim dua beranak tu sampai masuk jel segala... tinggal betty jaga dap... karpal pun ke dalam gak... derang dah berjuang lama la...
yang pkr, dah abis yang memula dulu semua pakat lompat ke amnu... kalau pun frust pkr nepotisme, abih amnu tu tetiba jadik suci murni pemeringkatan dua kali ke masa tu?
tulisan ni, dari kumpulan mana satu ni? BN? UG? AzminZuraida?
Haha...Kita buka minda..baru boleh maju..dalam politik jangan jadi macam amano
kata nak keterbukaan...kebebasan bersuara, baru org tulis nak tegur dah macam² org maki.
"nepotism" jer korang refer umno. PKR parti anak beranak.dap dan pas pun sama. tp sebab buta tak nampak. yer di awal penubuhan semua akan cakap dorang yg mulakan. habis tu dah ada org lain masuk xkan still lagi anak beranak. bagi la peluang pada org lain untuk barbakti.
Post a Comment