Nuffnang

Sunday, May 19, 2013

Termenung Noh Omar Apabila BN Selangor Kalah Besar Kepada PR...Apa pun tak dapat...



BN Selangor kalah besar, Noh jadi mangsa Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor.

"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.

BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat.

Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja  Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam kerajaan.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

10 comments:

Anonymous said...

Itulah Dunia..

otaistillkick said...

lepas ni umno akan terus kuncup


http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/05/hulu-selangor-pasca-pru13.html

Anonymous said...

adat bertanding mesti ada kalah menang adat hidup ada susah senang
tapi jangan sedih sangat yang penting dah selalu kenyang

Anonymous said...

NOH elok ler ko tinggalkan UMNO macam MAT TAIB....insaf dan bertaubat

Anonymous said...

loncat le macam kera...dah puas maki hamun orang,aniaya penanam2 padi...najib yang humban ko,nak bongkak lagi ke?

XUMNO said...

Kesian, bila dah tak tercapai cita2 nak jadi MB Selangor, tak pula dipilih jadi menteri. Orang tak bertanding, tak payah susah2 pun boleh jadi menteri dan timbalan menteri. Patutlah muka Noh pun macam poyo.

Anonymous said...

Muka seposen..he.he.he

Anonymous said...

Rupa macam tahan kentut je...

Putra IJ80 said...

Yb Mahfuz....

Nak sibuk apa pasai depa....

Turrr..coba chongak balik...

KEDAH pasai apa jadi lagu tur

Kalah se pasai....

Abang Mat Sabu..yg mcm tur punya hebat pun x bolh Menang kat Pendang.....

Kalau kalah kat KT kita buleh terighma....

Ini kat KEDAH???????


Awat! orang PAS kat cini tala Kiblat kut mana....?

Jangan Maree cheq,sekadak nak tanya

Anonymous said...

noh ni contoh manusia yg slalu ckp besar,sombong,angkuh bongkak...twan selangor la...majoriti 2/3 la..pr x dpt sambutan la..last2 apa jadi???dia ingat rakyat selangor ni bodoh mcm rakyat sabah/sarawak kot..baru dia tahu padan muka...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung