Pernah suatu ketika, untuk menggantikan kaca matanya, peruntukan kerajaan diberi hampir RM1,000 selayaknya sebagai Menteri Besar Kedah. Di kedai kaca mata, kami menjadi saksi, dia menitip kata.
"Banyak ni...ini duit rakyat. Bukan duit aku...takpalah, cari yang murah sudah."
Bukan itu sahaja, adakalanya baju dipakai semurah RM19.00, yang dibeli dari sebuah kedai lama milik seorang Cina yang kisahnya itu, pernah saya abadikan dalam buku 'Kisah Istimewa Pejuang Kita', yang diterbitkan dua tahun lalu. Seorang yang tidak pentingkan diri.
kredit : Pemuda Padang Terap
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI
5 comments:
semoga Ustaz segera sembuh
Kita sedia tabik kepada Ust Azizan semasa menjadi MB Kedah kerana sangat berhati2 apabila melibatkan wang rakyat. Betul, seperti TG Nik Aziz, duit rakyat tidak digunakan sewenang2nya untuk diri dan keluarga sendiri. Tetapi jangan samapi wang tersebut tidak digunakan untuk kepentingan rakyat, terutama rakyat yang susah dan miskin.Umpama wang zakat, kenapa mesti kita berkira2 sangat apabila yang berhak datang memohon bantuan? Wang rakyat yang terkumpul hendaklah digunakan kepada perkara2 yang akan memberi pulangan kepada rakyat, menyediakan prasarana yang menyenagkan rakyat.Tak ada gunanya kita sibuk dengan projek2 mega yang mungkin akan memberikan pulangan 10 atau 20 tahun akan datang, sedangkan rakyat menderita di masa sekarang. Lainlah kalau negeri kaya seperti Selangor. Mereka boleh menabung setelah keperluan rakyat dapat disediakan.
Pada aku kalau MB tak mau ambik gaji sekalipun aku tak kisah. Tapi duit rakyat wajar dibelanjakan untuk rakyat. Beri rakyat senang dan gembira di bawah pentadbiran kita, maka mereka akan ingat kita bukan rasuah tapi perkhidmatan yang tiptop. Ini tak duit genggam tak lepas untuk rakyat... yang dibuat entah apa-apa projek.
Satu lagi MKK, sesetengah MKK ni kadang-kadang aku fikir MKK ni manusia ka, atau tunggul kayu yang dikutip di kilang papan. Pejabat tak ada jadi macam mana orang nak berhubung dan mendapat maklumat yang terbaik dari kerajaan negeri. Inilah jenis harapkan sokong, sokong bawa rebah.
Sapa-sapa nak sekeh PAS Kedah, sekeh sekarang,kaw-kaw punya sekeh... tapi yang benar sahaja... fitnah tak maulah... wakil Utusan kita tak mahu.
Bukan apa bila disekeh cukup-cukup dengan pelbagai isu, mungkin isu-isu tu dikutip dan dimasukan dalam post-morten PAS Kedah. Kalau tak sekeh betul-betul sesetengah puak dalam PAS bukan nak sedar, asyik beri maklumat yang salah je pada boss (beres sahaja jawabnya, sembang kemaih dalam mesyuarat, cakap besar mengalah speaker wayang pacak). Jadi kasi sekeh kaw-kaw sikit, biar terpahat dalam memori PAS Kedah.
Aku suruh sekeh kaw-kaw bukan apa, sebab sayangkan PAS, kalau aku UMNO, buat apa nak sekeh... duduk diam lagi baik... sebab negeri dah moleh kat BN... tunggu tunjuk kad ahli UMNO di stesen minyak... boleh isi penuh free of charge kot. he...he...he di Petron... jaga jangan moto mabuk sudahlah.
Menyampah baca pasal Ustaz ni...
PR kalah sebab dia masih lagi pemimpin Kedah.. Kalah pasal kerenah buruk yang tak yah nak disebut lagi banyak pada yang baik ...Tak yah nak nak sama dia dgn TGNA yang lebih berhemah dalam ketegasan..
Malas aku pasai dia ni lagi .. Tapi camne pun Minta Allah bagi dia kesihatan mengajar balik tapi jangan dok sibuk pasai politik lagi sebab dia tak layak... Bagi oarang lain yang alim dan progresif..
Post a Comment