Nuffnang

Saturday, July 13, 2013

Blogger Pasangan Sex Hina Islam Di Bulan Ramadhan..Pamerkan Makanan Tidak Halal


Siasat pasangan blogger melampau 

SEREMBAN - MCA negeri membuat laporan polis, semalam berikutan tindakan pasangan blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini. 

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasa-ngan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.

“Bagi kita, ini bukanlah satu perkara lucu yang boleh dibuat main-main. Mereka tidak sepatutnya menghina umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa.

“Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, termasuk di kalangan kaum Cina sendiri. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir akan menjejaskan perpaduan antara kaum dan menimbulkan masalah lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam.

Kata Chai Thiam, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan terbabit supaya menjadi contoh, sekaligus amaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Terdahulu, pasangan blogger berkenaan yang turut mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaparkan aksi seks mereka dalam laman blog, telah mengepos satu foto memaparkan mereka sedang menikmati juadah tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam.

Turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan.


Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI  

7 comments:

Anonymous said...

kerajaan patut ambil tindakan

Anonymous said...

Polis @ amngok klu melibatkan pembangkang laju le depa ambil tindakan..smpai lubang cacing depa cari..klu kes mcm ni ta la ontong depa kata!!!

Anonymous said...

celaka dua ekor ni

Anonymous said...

stupid dua org cina ni!! patut halau dr malaysia

Anonymous said...

Yg kat atas nombor dua tu,muslim ke?kalau muslim,isu macam ni tolong peka sikit bila orang hina agama Islam dengan promote sup khinzir untuk berbuka puasa.bab agama,tolong bersatu.

TeQah Khaire said...

Makan khinzir banyak sgt tu jadi mcm nih, dah lah byk kuman. Eeee yeksss

Anonymous said...

Ni soal AGAMA !!!! BUKAN POLITIK SEMPIT !!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung