Biarpun tidak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini. 10 gambar..
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.
Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja. Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.
Perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.
Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi. Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka ~ Harakahdaily
1 comment:
Semoga kItA peroleh kemenangan
Post a Comment