Nuffnang

Friday, July 19, 2013

Perrgghh : Rafizi Cabar SPR supaya Menyamannya..!!

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli sudah memberi peluang kepada SPR yang sebelum ini menafikan segala dakwaan mengenai pembekal dakwat kekal dan menuduh beliau berselindung di sebalik kekebalan sebagai ahli parlimen.

Bagi penulis politik, Shahbudin Husin, SPR melalui pengerusi, timbalannya atau setiausaha, Abdul Aziz Yusof, Wan Ahmad Omar atau Kamaruddin Baria tidak seharusnya berlengah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang jika segala dakwaan Ahli Parlimen Pandanitu tidak benar. 

Tambahnya, tiada ruang lagi untuk mereka sekadar menafi tanpa bukti atau berdiam diri selepas ini.

Sekarang, ujar beliau adalah waktunya untuk mereka mengembalikan keyakinan dan kewibawaan SPR sebagai badan bebas yang betul-betul mempunyai integeriti di mata rakyat. 

“SPR tiada pilihan lagi sekarang ini. Jika segala dakwaan Rafizi itu tidak benar, saman dan tuntutlah permohonan maaf, gantirugi atau apa saja daripada Rafizi,” tulis Shahbudin di dalam blognya.

.Menurutnya, jika SPR terus berdiam diri selepas ini dan tidak juga mahu mengambil tindakan undang-undang, persepsi rakyat amat jelas bahawa mereka adalah di pihak yang salah dan Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR di pihak yang benar. 

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI 

3 comments:

Anonymous said...

buat apa yang terbaik bro

Nurul Ashikin said...

singgah ziarah .. sambil baca berita panas membakar hikhik

oranqtua said...

tak payh nak saman saman. Perkasam busuk spr sudah terbongkar. Letak jawatan dan dihukum didunia adalah jauh lebih mulia dari.menerima hukuman di akhirat kelak. Peeringatan dari saudara seislam untuk geng geng spr yang tidak mahu menggunakan amanah yg diberi sebaliknya rela untuk menjadi lembu dicucuk hidung.demi.sedikit harta.dunia.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung