Nuffnang

Wednesday, November 13, 2013

Kenyataan Penuh Tuan Guru Haji Hadi Awang.Berkenaan Laporan Akhbar Mesir.TGHA S.U. Agung Antarabangsa Ikhwan.


:::: BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR MESIR MENDAWA TGGH S.U AGUNG ANTARABANGSA IKHWAN MUSLIMIN :::

Sehubungan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang 

mendakwa saya ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.



Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat 
mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan 
diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja 
PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan 
Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah 
nak letak saya sebagai setiausaha agung.

Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa.

Justeru itu, Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk 
menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan
 sewajarnya.

a.k.a via Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung