Nuffnang

Sunday, November 17, 2013

Masyallah !! Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) cedera di kepala selepas Dihempap Besi..





Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di Filipina, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - Bernama, 16 November, 2013.

The Malaysian Insider.

4 comments:

Putative said...

Ni mesti kes lupa pakai songkok tinggi.......kalu pakai garenti kepala x benjol

Anonymous said...

mungkin tulahan dari doa orang-orang Baling yang kesulitan dan kedaifan mereka diabaikan.Bersamalah kita bermunajat agar beliau segera sembuh dan terus menabur bakti keseluruh dunia.Jangan lupa lain kali pakai safety helmet.

Anonymous said...

Alahai setakat luka setoet jauh dari nyawa. Ingat mati, mana tau dapat mati syahid sbab pegi berjuang membantu mangsa bencana. Klau mati bagus sikit, Baling akan ada PRK dapatlah penduduk Baling gula dan beras seposen sekilo walau tak dpt gula beras free..

Anonymous said...

haha..semoga azez mendapat iktibar dari peristiwa ini

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung