Nuffnang

Tuesday, November 5, 2013

Tahniah..PAS Kedah..Berjaya mengekalkan DUN SUNGAI LIMAU?

RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi kali keenam berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Dalam PRU13, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.
Ini bermakna undi PAS merosot 1,225 undi manakala undi BN bertambah sebanyak 465 undi.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kemerosotan majoriti yang diperolehi calon parti itu adalah kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.
Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung