Nuffnang

Thursday, November 7, 2013

Wah Pak Guard La ni dah Jadi Pelakun Filem pula ye..

Wah film star dah skg! : Antara sedutan filem..pak guard  [ Pak Cik Azman ] yg kena tendang dgn bini mat yo berlakon..itu Mat Yo lain Kali jangan sombong..orang yang kena tendang la ni..dapat. Habuan ..itulah rezeki..yang Allah berikan tak Semena mena..
Photo: Wah film star dah skg! : Antara sedutan filem..pak guard yg kena tendang dgn bini mat yo berlakon..

ANGKARA BINI MAT YO, PAK GUARD AZMAN 

DAPAT JADI PELAKON DRAMA

KL, 6 NOV 2013: Nama pengawal keselamatan Azman Md Nayan menjadi perhatian ramai apabila terlibat dengan kes kurang ajar isteri Mat Yo iaitu pemain pasukan JDT terhadap dirinya beberapa bulan lalu.  
Disebabkan insiden itu juga, Pak Guard Azman semakin popular dan sering saja diminta untuk mengambil gambar bersama setiap kali pengunjung lapangan terbang Subang berjumpa dengannya.Senang cerita dia menerima layanan seperti selebriti.
Rezeki Pak Guard Azman juga semakin murah dan kini Murai Batu difahamkan dia baru saja mendapat tawaran berlakon sebuah drama tempatan yang melibatkan pelakon popular seperti Izzara Aisyah dan Dazrin.
Menurut sumber, drama yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman itu diinspirasikan dari sebuah novel dan bakal ditayangkan di slot Aurora di TV9.
Pun begitu, Murai Batu masih belum tahu watak yang bakal dilakonkan Pak Guard Azman. Adakah watak penting atau sebagai cameo? Tunggu saja kemunculannya nanti.
Dalam masa yang sama,Murai Batu tertanya-tanya bagaimana pula dengan kes Pak Guard Azman dengan isteri Mat Yo itu? Adakah sudah selesai?
Apapun, harap ia dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
MURAI BATU: Buang yang keruh ambil yang jernih.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung