Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, January 31, 2014

Peguam Umno Shafee mahu jadi peguam negara

BAHASA   

Peguam Umno Shafee mahu jadi peguam negara untuk berkhidmat kepada masyarakat


Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Mungkinkah cita-cita Shafee untuk menjadi Peguam Negara seterusnya akan tercapai?Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak menyembunyikan cita-cita beliau untuk menjadi peguam negara akan datang, dengan tujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk membuat duit.
"Saya akan mengambil apa sahaja jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar di pejabat mewahnya di  Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Shafee , 61, berkata terdapat  desas-desus beliau bakal menjadi peguam negara sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kira-kira 20 tahun lalu.
"Terdapat artikel yang menulis berkenaan perkara ini. Ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita dan berteka-teki," katanya yang pernah menjawat jawatan timbalan pendakwa raya sebelum berhijrah ke sektor swasta.
Shafee berkata, sebarang jawatan dalam kerajaan bukanlah berkenaan wang.
"Anda membuat wang apabila bekerja dengan swasta," katanya.
Shafee yang dilantik secara mengejut sebagai timbalan pendakwa raya untuk memimpin pasukan pendakwaan bagi membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes liwat pada 2012, berkata pelantikan ini juga perlu dilihat dalam situasi yang sama.
Beliau berkata, pelantikan peguam negara adalah hak perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi peguam negara tetapi kebiasaannya kerajaan melantik mereka yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perkhidmatan undang-undang.
"Mungkin kerajaan sudah maklum dan melihat hasil kerja calon berkenaan," katanya dan menambah terdapat ramai yang berkelayakan dalam bidang itu termasuk daripada sektor swasta untuk memegang jawatan yang berkuasa dan berpengaruh itu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dilantik pada 2002, daripada bidang perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
Shafee berkata, kedudukan peguam negara sama dengan kedudukan hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya tempoh perkhidmatan selama 10 tahun sama ada dalam kerajaan atau swasta, layak untuk memegang jawatan tersebut.
"Sudah tentu kriteria lain untuk jawatan itu adalah ilmu dan pengetahuan undang-undang yang mantap serta matang," katanya.
Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Shafee yang didenda sebanyak RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.
Pada 27 September 2009, akhbar The Star memaparkan artikel mengenai Shafee, yang dikatakan "melobi" peguam Umno itu.
Majlis Peguam melaporkan perkara itu kepada Lembaga Disiplin Peguam dan Shafee didakwa dan siasatan dilakukan.
Beliau didenda RM5,000 pada 5 Oktober 2012 kerana salah laku. Shafee kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Dalam sesi bertemu media semalam, beliau memberikan maklumat terkini berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dirinya sebagai ketua pendakwa.
Rayuan Anwar atas permohonan kedua untuk membatalkan Shafee akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari manakala Mahkamah Rayuan akan mendengar kes liwat pada 12 Februari.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Gani melantik Shafee pada 2 Julai sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) dan 379 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar memfailkan permohonan pertama untuk membatalkan Shafee atas alasan beliau bukan seorang yang layak dan sesuai tetapi ia ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November.
Peguam yang mewakili pemimpin pembangkang itu berhujah bahawa akan berlaku percanggahan kepentingan jika Shafee dilantik kerana ia merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu.
Anwar kemudian memfailkan permohonan kedua untuk menyingkirkan Shafee pada 2 Disember berikutan akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Di dalam akuan bersumpah 31 halaman itu,  Mat Zain mendedahkan bahawa beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri tahun lalu dan didakwa berbincang mengenai salah laku Gani .
Pada 20 Disember, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu atas alasan akuan bersumpah berkenaan tidak relevan kepada Shafee dan mahkamah juga mempersoalkan kesahihan dokumen itu. – 31 Januari, 2014.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung