Nuffnang

Thursday, January 23, 2014

Perghhh !!! 7 Orang Di Tahan Polis Kerana Menyerang Dan Memukul Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya. Pinang

7  DITAHAN POLIS KERANA MENYERANG DAN MEMUKUL PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA GEORGETOWN SEMASA OPERASI MEROBOH PREMIS PENJAJA HARAM.




Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di George Town semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan. Kredit Omakau

2 comments:

Anonymous said...

lu bkn penjaja mau sibuk campur apsal???bodo punya hero melayu mualaf bekasan hindu majapahit.

Anonymous said...

Kisah pertelagahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah

satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada

yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai

pergolakan dalaman PKR. Daripada maklumat yang diterima melalui

sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan

strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa,

beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa

berada diluar negara sedang dikumpulkan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung