Nuffnang

Thursday, January 16, 2014

Perghhh : Azmin Tibai Mb Selangor.Dalam Tweet nya . " Kenyataan Kangkong "


KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali daripada Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh perbadanan itu sendiri dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri

Sementara itu, Mohamed Azmin melalui satu komentar di Twitter memperlekehkan kenyataan Abdul Khalid itu.

Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sebelum ini berlaga angin secara terbuka dalam beberapa perkara yang dipercayai ada kaitan dengan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid juga memaklumkan kontrak Othman yang akan tamat pada hujung bulan ini tidak akan disambung.

Beliau dijangka akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Azlan Md. Alifiah.

1 comment:

Penulis Rindu said...

Mb Selangor pun cukuplah...janga jadi macam UMNO.cantas mencantas

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung