Nuffnang

Saturday, February 8, 2014

Gambar Penyokong JDT & Pahang Bergaduh !!!..Selepas Tewas Kepada Pahang.


KUANTAN: Penyokong kedua-dua pasukan saling bertukar provokasi sebaik sahaja perlawanan Liga Super antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) berakhir di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Semuanya berpunca dari segelintir penyokong taksub dari kedua-dua pihak yang melemparkan kata-kata provokasi sambil membaling botol minuman.

Namun anggota polis pantas mengawal keadaan dengan mengepung kawasan tempat duduk penyokong JDT, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

Selain itu, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan mengiringi penyokong JDT keluar daripada stadium supaya tidak tercetus pergaduhan.

Sementara itu, polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya walaupun tercetus beberapa insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim.
Penyokong JDT & Pahang Bergaduh !!!  Pahang 3-2 Johor Darul Takzim 
PKNS FC 0-2 Sarawak 

KUALA LUMPUR - Juara Piala Malaysia, Pahang melakar kejutan selepas mengalahkan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kemenangan tipis 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.


Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain tengah, Azidan Sarudin.



Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'Harimau Selatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72').



Sarawak pula melonjak ke tangga teratas Liga Super hasil kemenangan selesa 2-0 ke atas Selangor PKNS FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.



Dua gol pasukan pelawat kendalian Robert Alberts dijaringkan Milorad Janjus seawal minit kesembilan dan Gabor Gyepes, tujuh minit kemudian.


1 comment:

Anonymous said...

sekarang ni pasukan mana yg ada masalah? setiap kali perlawanan yg melibatkan pasukan JDT mesti ada masalah baik ditempat sendiri atau ditempat lawan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung