Nuffnang

Wednesday, February 19, 2014

Ini Lah Rahsia Dan Punca Ceramah Anwar Tidak Di Ganggu Di PRK Kajang.


RAHSIA SUDAH TERBONGKAR MENGAPA SEHINGGA KINI CERAMAH DAN PERJUMPAAN DSAI DI PRK KAJANG TIADA GANGGUAN DARI MACAI-MACAI PRO UMNO????


Dulu semasa PRU 13 boleh dikatakan amat kerap ceramah jelajah DSAI seluruh negara sering diganggu kacau oleh mereka yang tidak bermoral dan berakhlak bersifat macam samseng yang tidak bertamadun dalam berpolitik.

Ganggu kacau datang dalam beberapa bentuk .. sama ada buat ceramah atau konsert di tempat yang jarak yang rapat sambil menghalakan pembesar suara kearah ceramah yang sedang berjalan oleh DSAI ... menggunakan beberapa samseng menjerit terlolong terlalak macam polong atau pontianak nampak mangsa ... membuat sekatan keatas kenderaan DSAI menuju ketempat ceramah ... menggunakan khidmat samseng jalan raya atau Mat Rempit untuk buat bising .. mundar mandir dengan kapcai.

Tapi gejala-gejala politik songsang tidak berakhlak itu setakat ini tidak pula kedengaran berlaku sehinga kini di semua majlis perjumpaan dan penerangan oleh DSAI dengan masyarakat setempat di DUN N25 Kajang.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung