GAMBAR-GAMBAR RUMAH RAJA BOMOH SEDUNIA NUJUM VIP.
Omak Kau mendapat kiriman beberapa keping gambar yang dikatakan "Istana" Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang buat kecoh dan heboh seantaro dunia dengan gelagat dan adegan menengok kemana hilangnya pesawat MH370 dengan buluh dan bubu.
Tidak cukup dengan itu keesokan harinya bawa pula beberapa pembantu setia dengan adegan Permaidani Ajaib Terbang berdayung, menanguk air pakai bakul Tapah dan angkat 2 biji kelapa muda di lantai KLIA.
Setelah dikutuk keras sebagai khurafat, syirik, tahyul, bodoh dan menipu maka KJ mohon agar pihak berkuasa bertindak keatasnya dan tangkap kerana sudah memalukan negara di kaca mata dunia luar.
Akibat dari itu Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini yang juga dikenali sebagai Bomoh 1M'sia berang naik angin seluruh badan sampai cabar KJ bertumbuk dengan beliau agar boleh dia tampar KJ macam tampar buaya.
Kini setelah dibelek betul-betul rakaman gambar-gambar tersebut ternyata yang beliau memang pemuja dan pengkagum dasar 1M'sia sampaikan dirumahnya dibina suatu tugu ada lambang 1M'sia .. Rumah Najib yang memperkenalkan slogan itu dinegara ini tiada lambang 1M'sia dimana-mana pun rumahnya.
Rumahnya lokasi dikatakan di Kg Bermin Tapah, Perak .. Terpampang perkataan ISTANA SRI GEMILANG (VIP), TAPAH, PERAK.
Ada tugu 2 kris telanjang bersilang lagi ...
Memang betul cakap Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ni yang KJ bukan hingusan dalam politik ... dia siap buat tugu 1M'sia lagi bukan satu tapi dua ... KJ ada?????.. KJ kena lah hormat orang tua-tua tau???? Jangan buat perangai tidak senonoh.