Nuffnang

Friday, April 18, 2014

Kemalangan Ngeri : ADUn Paloh Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya . Isterinya Meninggal

ADUN PALOH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA .. ISTERINYA MENINGGAL DUNIA



IPOH - Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano nombor pendaftaran ACA 777 dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku akibat permukaan jalan yang licin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, sementara Nozula yang memandu kereta kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan stabil,” katanya.


Salam takziah dari Omak Kau .. semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang-orang solehah .

1 comment:

Anonymous said...

Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku akibat permukaan jalan yang licin. Jadi yg salah adalah jalan itu, sebab mengizinkan permukaannya jadi licin?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung