Luahan Dr. Huda Haron: “AirAsia punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!” ?
AIR ASIA sangat terkenal dengan tagline “Now Everyone Can Fly”. Tidak dinafikan sejak wujudnya AirAsia, memang ramai yang dapat merasa naik kapal terbang dan ramai juga yang merasa hidden caj yang dikenakan oleh AirAsia.
Baru-baru ini, Ustaz Haron Din dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Najib, sempat meluangkan masa melawat beliau di IJN semalam.
Anak perempuan Ustaz Haron Din, Huda Haron baru-baru ini mendedahkan secara terbuka di Facebook, punca ayahandanya dimasukkan ke IJN.
Baca Luahan Hati Dr. Huda Haron di bawah:
“Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah.
Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran Bagasi, hot seat .. bla bla bla… letih nak senaraikan.
Hatta khidmat wheelcair pun kena bayaran! RM60.. WOWW! Bayangkan ayahanda saya yang mengidap masaalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal.
PENERBANGAN : AOR – KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm
Docking punya lah jauh.. Tiada kerusi roda disediakan dan buka benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah. Letih nak senarai semuanya. Penat!! Tiada perikemanusiaan langsung.
Terima Kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.”
8 comments:
Ada hikmahnya masuk IJN,dapat kunjungan Perdana Mentri.
Lols.. new air asia tagline "Now everyone can die"
Benda murah biasalah memang banyak masaalah nak selesa bayar lebih sikit apalah salahnya.
Ingat AA pernah disaman oleh kerajaan Australia kerana bil2 yg tersembunyi ini dan dikenakan tindakan sebab iklan yg mengelirukan. tetapi di negara kita ianya berterusan tanpa tindakan oleh kerjaan kita, ini seolah-olah kerajaan kita pun bersekongkol. Inilah bezanya negara maju dgn negara kita, hak penguna dinafikan yg penting untung2.
Mungkin rakyat kita terutama melayu dah lali kerana ditipu umno/bn selama lebih 50 tahun mereka jadi buta hak. Spt kes MH370 bila waris rakyat china tuduh pegawai dan kerajaan kita penipu, rakyat kita akan kata kau org baru sekali ditipu kita org setiap hari ditipu selama bertahun-tahun.
Hakikatnya melayu tak kisah ditipu kecuali penyokong PR...................mamak & gang ketawa terbahak-bahak - Melayu mudah lupa.
"Now everyone can die"
yang ni lawak
kah kah kah
membayar servis tu wajar. tp caj tersembunyi itu yg menipu.
haram hukumnya.
That's why I hate this bloody airline..
PM datang ziarah pun dinamakan hikmah ke??
kalau PM mati sekalipun, UST. HARON pun boleh pi tengok..
Post a Comment