Nuffnang

Tuesday, May 6, 2014

Hudud: Pemuda Gerakan sedia semuka dengan Pemuda UMNO

Hudud: Pemuda Gerakan sedia semuka dengan Pemuda UMNO

ALOR SETAR – Pemuda Gerakan bersedia bertemu Pemuda Umno bagi mendengar penjelasan mengenai hudud.
Ketuanya, Tan Keng Liang (gambar, tengah) berkata, mereka sedia mendengar penjelasan Pemuda Umno mengenai hukum hudud dengan hati terbuka sekaligus tidak akan menghalang mana-mana ahli Parlimen BN yang beragama Islam untuk menyokong usul itu jika dibentangkan di Parlimen kelak.
“Kita terima jemputan Pemuda Umno untuk berbincang dan mendengar apa jua perkara yang akan diperkatakan mengenai hudud. Kami hanya tunggu tarikh yang ditetapkan.
“Kami tidak menentang Islam dan tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen Islam untuk sokong hudud kerana faham ia terkandung dalam ajaran Islam,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat Gerakan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu kelak, pihaknya akan mengambil kesempatan untuk mengutarakan pandangan dan alasan bantahan terhadap hukum itu.
“Namun kami akan ambil peluang untuk memperjelaskan pendirian secara terperinci dari segi teknikal dan perundangan kenapa kami bantah,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan Pemuda dari parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan mengenai hukum hudud.
Dalam pada itu, Keng Liang berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan sebagai penasihat berhubung pendirian parti itu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembentang usul hukum hudud serta kerajaan Kelantan jika diluluskan oleh Parlimen.
“Kita tidak menghalang Pas untuk membentang usul di Parlimen, itu adalah hak demokrasi. Namun kita akan ambil tindakan mahkamah terhadap pembentang dan kerajaan Kelantan jika ia dilulusk

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung