Maaf Bukan Nak tunjuk Keaiban..sekadar Iktibar kepada semua
Al fatihah Kejadian katanya di Bukit Tagar...12km sbelum exit Tol Tapah....Tidak tahu mana satu...Arwah Azhar Zulkifly, Marshall MMC n Fz Bikerz
Dua buah kereta dan sebijik motor....
1) perdana kuning
2) audi hitam dalam gaung
3) motorsikal yamaha fz
Kejadian berlaku di slim river menghala ke utara
Semoga beliau mendapat magfirah dari Allah
LEMBAH BERINGIN - “Saya tengok ada orang di sini (sudah meninggal dunia dan tersepit pada besi pengadang), kakinya pula ada di tengah jalan sana. Dah putus,” kata mekanik daripada Tanjung Malim, Perak, Wong Sai Weng, 31, menceritakan detik awal kejadian kemalangan di Kilometer 408, Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira dua kilometer selepas susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin arah Utara petang, semalam.
Sai Weng antara saksi awal kejadian yang ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Rawang ke Tanjung Malim, memberitahu insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.25 petang di selekoh yang menuruni bukit.
“Rasanya baru saja berlaku masa saya sampai. Saya nampak ada asap dari bawah dan saya nampak ada kereta. Saya cuba jerit panggil beberapa kali sama ada orang atau tak, tapi tak ada sahutan. Saya pun lekas hubungi pihak Plus,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas turun ke dalam gaung sedalam lebih 50 meter dan melihat sepasang lelaki dan perempuan dalam keadaan tersepit.
“Mangsa cakap mahu keluar. Mereka cakap tolong-tolong mahu keluar. Saya cepat-cepat angkat keluar, sebab takut nanti kereta itu terbakar,” katanya.
Sebelum itu, Sai Weng berkata, sebuah lagi kereta jenis Proton Perdana dilihat terbabas ketika cuba mengelak tayar yang berada di lorong paling kanan dipercayai milik kereta Audi yang terjunam ke dalam gaung.
Bagaimanapun menurutnya, tiga penumpang di dalam kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, pemandu kereta Perdana, Mohd Zulfadli Abdullah, 29, yang ditemui berkata, keadaan laluan berselekoh dan menuruni bukit menyukarkannya melihat objek di depannya ketika itu.
“Laluan selekoh, saya tak nampak tayar tu tengah jalan (lorong paling kanan). Saya cuba elak, tapi rempuh besi pembahagi jalan. Mujur, Alhamdulillah kami tak ada apa-apa,” katanya.
Manakala, anak saudaranya, Amir Nasuha Abdul Khatab, 23, yang memandu kereta Hoda Jazz berkata, mereka sekeluarga dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Cameron Highland sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.
“Kami nak pergi bercuti ke Cameron Highland tapi singgah ke Kuala Lumpur. Bila dah berlaku begini terpaksa batalkan perjalanan sebab satu kereta rosak,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohd Yatim berkata, operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit dan dibantu anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.
Menurutnya, kawasan cerun memaksa bomba menggunakan tali untuk membawa naik kedua-dua mangsa yang terjatuh di dalam gaung.
“Ketika kami sampai, seorang mangsa dipercayai pemandu telah dibawa naik oleh anggota bomba Tanjung Malim. Kami bawa naik mangsa kedua dan difahamkan mengalami patah kaki kanan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azhar Naim Zulkifli berasal daripada Ipoh, Perak.
Manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Teoh Gim Yeoh, 36, beralamat di 1Q, Lorong Delima 12, Island Glades, Gelugor, Pulau Pinang dan Huang Zike, 27.
9 comments:
Utk bikers yg masih bernafas, beringat selalu. Jalan raya turn bukan jalan bapak kita.....itu jalan bapak orang lain jugak, jgn nak belagak.....
Alfatihah utk arwah
hamba sangat bersetuju... penunggang motor berkuasa besar ini rasa 'besar' bila atas jalanraya...hormati orang lain
memang selalu melangar undang-undang jalan raya.
takutnya.. abg hati2 ya :)
Kepala bapak ko. Dalam kes ni audi bawak macam bangsat lajunya.langgar dr belakang.aku kenal siapa arwah.jgn ikut tekak ko je.arwah ikut lorong kecemasan sbb arwah tak bawak laju.bodoh.tak tau crita nk acah pandai
Geng mereka ni memang samseng. Pernah pukul saya di High Way Timur Barat kerana kereta saya memotong salah seorang bikers ni.
Kalau x sokong Hudud camna Tu psal dlm Islam banyak norma2 hiduo yang diredhai Allah. Ingat la Kita ni hanya pinjaman didunia in. Bergembira boleh tpi slalu ingat Allah muga Kita ditempat org2 beriman. Jgn sombong ngan manusia apa tah lgi makhlok Allah yg ade dilangit Dan bumi yg selalu bertasbih pada Nya nasihat untuk sya jugak
salam.. sy juga seorang riders fz.. jgn salahkan rider semata.. tak semua rider rase diri besar bi di atas highway.. sy kenal arwah.. n satu kampung dengan dia.. na tulis jgn ikot sedap hati je..anda mengutuk seorang rider, beribu rider akan bidas kutukan awak tu.. dlm hal ni.. arwah hanya lalu di laluan kecemasan.. so xbermakna dia besar kepala sampai na masuk line pling kanan.. ajal maut di tangan tuhan..
Kepala bapak kau balik. Aku kenal arwah ni. Korang ingat ada ke lorong motor di sana? And korang ingat selamat ke lorong kecemasan untuk motor lalui. If ada lori rosak, kami merempuh belakang lori tersebut, adakah anda nak salahkan kami jugak. Fikirlah. Jangan nak bash orang tak tentu pasal. Bukan nak doakan, if kau kena or saudara sedarah kau terlibat macam ni, baru kau tahu. Kau bawak motor dalam bandar,mungkin, tapi kau tak bawak motor kau masuk highway. Kalaubkereta kau nak kena macam ni pun, bila2 boleh jadi.
Al-Fatihah..
Post a Comment