Nuffnang

Friday, May 16, 2014

Perghh : Setiausaha Parti Gerakan Tibai ..Kaw Punyai Blogger Pro UMNO Prihal Kerja Memfitnah Set Pol Kit Siang

PARTI GERAKAN BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI PARA BLOGGER PRO UMNO SEBAB BUAT KERJA MEMFITNAH SETIAUSAHA POLITIK LIM KIT SIANG!!!!



Parti GERAKAN mengutuk tindakan penulis blog pro-Umno yang melancarkan serangan peribadi ke atas Dyana Sofya Mohd Daud selepas nama setiausaha politik Lim Kit Siang itu disebut-sebut sebagai antara calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Setiausaha agung GERAKAN Liang Teck Meng berkata, serangan dengan menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajah Dyana itu malah satu perbuatan kurang ajar.

"Saya terkejut apabila mendapati gambar tersebut tersebar di Internet dalam usaha untuk memburuk-burukkan reputasinya.

"Tindakan seperti ini, pada pendapat saya bukan sahaja kurang ajar tetapi juga menghina wanita di Malaysia.

"Walaupun ada perbezaan politik, GERAKAN tidak membiarkan serangan peribadi ke atas mana-mana individu, sama ada dari BN atau pembangkang," katanya dalam satu kenyataan

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung