Nuffnang

Saturday, May 3, 2014

Perghhh!!! Pelakun Buat Pengakuan Kes Mabuk Di Syedney..Panas..


KALAU anda seorang yang peka dengan perkembangan industri hiburan, anda sudah pasti tahu mengenai desas-desus seorang pelakon berdarah kacukan yang membuat perangai di Sydney, Australia baru-baru ini. Menurut khabar angin tersebut, pelakon yang mengikuti penggambaran sebuah drama di sana telah terjerit-jerit, mabuk dan berperangai tidak sopan di waktu siang hari di kota tersebut.
Sepantas khabar angin bertiup, sepantas itu jugalah nama Julia Ziegler dikaitkan. Memang benar Julia Ziegler berdarah kacukan dan sememangnya dia berada di Sydney kerana terlibat dalam sebuah drama. Namun berkata kepada Harian Metro, pelakon jelita ini menafikan dakwaan tersebut. Kata Julia:-
Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!
julia ziegler mabuk
Secara logiknya kalau nak mabuk pun takkanlah nak mabuk di siang hari kan? Lagipun rakyat Malaysia ramai di Sydney tue. Takkanlah Julia Ziegler tak tahu menjaga adab dan budi pekerti di negara orang tatkala dirinya pasti menjadi perhatian orang ramai. Diharap dengan penafian ini, kontroversi ini tidak lagi diperkatakan.

1 comment:

Unknown said...

waw ini ni yang biki mata melek...saya adalah seorang kuliner akan tetapai saat ini saya takut gemuk. tolong kasih solusi Obat Pelangsing paling ampuh dong...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung