Harith Iskander dikritik jadikan hudud bahan gurauan
- KADANG-KADANG dalam bergurau, mungkin para selebriti kita perlu lebih sensitif dan
- peka terutama dengan isu yang membabitkan agama.
- Pelawak terkenal, Harith Iskander dalam satu ‘tweet’nya telah berjenaka mengenai isu
- hudud yang sedang hangat diperkatakan kini.
- Ia secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut menegurnya di akaun sosial itu.
- Mungkin dia hanya berniat untuk bergurau, namun apabila ia berkaitan dengan agama,
- tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama.
- Tidak lama selepas itu, Harith mengemaskini ‘tweet’nya dengan berkata:
- Bagi sesetengah orang, mungkin gurauan Harith itu tidak perlu diperbesarkan dan
- bukanlah perkara yang perlu dianggap sensitif.
- Tetapi, adalah lebih baik jika para selebriti tidak menggunakan perihal agama sebagai
- subjek gurauan mereka di masa akan datang bagi mengelakkan perbalahan di kalangan
- peminat. – Mynewshub
3 comments:
Ala x heran jenis manusia cmtu potato melambak2
Nk heran apa bini dia berhambar separuh bogel pun dia biar je..
Mana bulih gurau hukum Allah
Post a Comment