Nuffnang

Friday, June 20, 2014

Bekas Tim. Menteri di pusat jagaan pesakit Alzheimer atas nasihat doktor


Bekas Tim. Menteri di pusat jagaan pesakit Alzheimer atas nasihat doktor

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.
Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat.
“Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik.
“Memang doktor sarankan tempat itu kerana itu tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, Klang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam.
Menurut Raha, beliau kesal dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga di laman sosial kononnya anak-anak bekas Naib Ketua Wanita Umno itu mengabaikan ibu mereka dengan menempatkannya di pusat jagaan khas.
Jelasnya, ibunya telah ditempatkan di situ hampir dua tahun dan gembira sepanjang berada di sana.
“Macam-macam fitnah mereka buat, mereka tak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar. Saya anggap itu tuduhan tak berasas.
“Hubungan kami dengan emak sangat rapat, kami sentiasa bersama dengannya, melawat setiap minggu, bawa dia keluar jalan-jalan dan bawa dia pergi ke majlis tertentu,” jelasnya yang turut membawa ibunya bertemu doktor pakar mengikut jadual. 
Mengenai kritikan terhadap tindakan menempatkan Rahmah di sebuah pusat penjagaan milik bukan Muslim, beliau berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka sekeluarga lebih mengetahui apa tindakan terbaik untuk membuatkan Rahmah lebih selesa dan terjaga.
Tambahnya, beliau telah membuat kajian mengenai pusat penjagaan itu sebelum membuat keputusan menempatkan ibunya di sana.
Katanya, selain penjagaan 24 jam dan persekitaran yang tenang dan bersih, kebanyakan jururawat di situ beragama Islam, begitu juga tukang masaknya, malah di sana juga terdapat beberapa lagi penghuni Muslim.
Beliau berkata sebagai pesakit Alzheimer berat, ibunya juga tidak diwajibkan menunaikan solat, justeru perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
“Dua tahun pertama memang kami adik-beradik jaga emak tetapi keadaan mak semakin teruk.
“Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi.
“Memang betul, keadaan emak sebagai pesakit Alzheimer semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya sambil mengakui menjaga pesakit Alzheimer adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dugaan.
Walaupun kesal dengan tuduhan-tuduhan di laman sosial, Raha berkata keluarganya amat menghargai pengunjung-pengunjung yang prihatin dan melawat ibunya selama ini.
Namun, selepas apa yang berlaku beliau membuat keputusan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat ibunya.
Beliau juga bimbang jika kunjungan pelawat boleh menjejaskan aktiviti harian pesakit yang telah disusun pihak pengurusan.
“Mak saya tak faham semua ni…apa yang berlaku. Kalau tidak, hidup dia akan lebih terganggu.
“Saya memang hargai kalau nak melawat mak, tapi jangan buat tuduhan bukan-bukan,” katanya dengan nada kecewa.
Kisah mengenai Rahmah tersebar di laman sosial sejak tiga hari lalu dan mendapat kritikan hebat.
Turut disebarkan beberapa keping gambar Rahmah ketika menjalankan aktiviti di pusat jagaan tersebut yang dimiliki seseorang yang bergelar ‘Datuk’ bukan beragama Islam.
Selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Rahmah juga pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya 1982.
Pada 1989 beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

0 comments

6 comments:

Anonymous said...

Suatu ketika dulu not long time ago,just sesuatu perkara yang berlaku ketika dahulu..rumah kebajikan warga emas dihuni oleh commodity non muslim..tahun demi tahun berlalu demi masa,pusat kebajikan dihuni oleh kaum2 melayu muslim solatnya wama anna minal muslimin.persoalanya ialah kenapa perkara2 ini berlaku? kepentingan hidup sehari2?mendambakan hidup yg privasi?heeey!!menjaga ibu bapa yang garing/nyanyok juga fisabililaaah ianya satu amanah...doktor tu siapa?diapun berayah ibu bukan,dia akan senasib juga disatuketika.

Anonymous said...

INI first time aku dengar org sakit Alzheimer tak wajib solat. Yg ustaz aku ajar dulu, klu dah tak mampu diri, solat duduk, tak mampu duduk solat baring, tak mampu jugak pakai isyarat anggota badan spt mata. Tak mampu ambik wuduk anak2 wajib wudukkan.

Sejak bila pulak hukum solat yg ustaz saya bagi tu dah berubah?

Anonymous said...

Dlm apa jua keadaan, saya lebih rela menjaga ibu bapa saya sendiri walaupun mereka sudah begitu uzur. Saya lebih yakin makan pakai dan tempat tinggalnya bersih dan suci. Saya boleh pastikan solatnya terjaga dgn bantuan saya dan keluarga. Saya boleh pastikan bacaan Quran sentiasa lahir dari lidahnya. Saya boleh bacakan Quran ketika mereka ingin melelapkan mata. Saya boleh suapkan bubur dan susu ke mulutnya. Saya boleh mandikan dan tukar lampinnya dgn bantuan suami. Siang hari ketika bertugas, saya gajikan orang gaji terbaik untuk mereka. Saya pastikan adik2 menziarahi mereka sentiasa. Saya akan pastikan mereka bahagia sebelum mereka pergi.

Dulu mereka menjaga kami 5 beradik tanpa keluh kesah. Kini, biarlah giliran kami pula melakukannya. Apalah sangat kesulitan kami jika dibandingkan dgn jasanya melahirkan kami ke muka bumi Allah ini............

Menyuapkan makanan ke mulut sambil merenung wajah gering mereka terlalu indah dan sukar digambarkan dgn perkataan.

Anonymous said...

Yg paling aku benci ialah pekerja tol yg lembap / prasan lawa pd waktu pagi dan drebar kreta lelki yg lembap.

Anonymous said...

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU BUKAN BAWAH TAPAK KAKI JURURAWAT PUSAT JAGAAN.

Anonymous said...

Alzheimer tu nyayook [Dan sesiapa yg tuhan lanjut kan USIA,tuhan kembalikan kejadianya sebagai kanak2] maka dgan ITU disinilah peranan anak menjaga IBU/bapa yg uzur, menjaga bagai menatang minyak yang penuh.IBU menagis gembira disaat melahirkan cahaya mata...IBU akan hiba jika anak yang dikandung 9bulan2ari memperlakukan dia begitu..... Sampa atiiiiii

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung