Nuffnang

Sunday, June 22, 2014

Cemburu tak bertempat, peminat anggap Diana Danielle kebudak-budakan


Tidak dapat dinafikan laman sosial sering dijadikan tempat untuk sesetengah individu meluahkan perasaan mereka.

Yang terbaru, pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil telah memuat naik sekeping foto yang secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hatinya dalam erti kata lain, cemburu!

Mesej yang tertulis pada foto yang dimuat naik Diana itu ialah: Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh diupload untuk promosi filem kamu…Gambar pegang tangan suami saya juga yang hendak nak dikongsi. Oh faham…Mungkin itu akan membuat org teruja utk tengok filem kamu. Hati oh hati, sabarlah.

Jelas sekali mesej tersebut ditujukan kepada heroin filem yang bergandingan dengan suaminya dalam filem terbaru terbitan MIG berjudul Pengantin Malam.

Malah, foto tersebut dimuatnaik Diana sebaik sahaja heroin filem tersebut, Nora Danish meletakkan foto bersama Farid di Instagramnya.

Bagaimanapun, foto tersebut hanyalah di ‘repost’ semula oleh Nora daripada akaun MIG Online. Tidak lama selepas itu, mungkin menyedari foto yang dimuat naiknya itu mendatangkan rasa kurang senang di pihak Diana, Nora Danish telah bertindak memadamnya.

Agaknya, kepada siapa Diana tujukan mesejnya itu? Kepada Nora Danish ataupun pihak MIG Online?

Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil ini bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Nora

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung