Gadis di
perkosa beramai -ramai , dicekik, digantung pada pokok - Tidak lama selepas
kes dua gadis diperkosa beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung
di atas sebuah pokok di India, satu lagi kes yang hampir sama berlaku di
Pakistan, dua hari lalu.
Dalam kejadian
yang berlaku di daerah Layyah itu, Muzammil Bibi, 20, dipercayai diperkosa oleh
tiga lelaki di sebuah padang sebelum dicekik hingga mati.
Tidak cukup
dengan itu, mayatnya kemudian digantung dengan tali di atas sebuah pokok oleh
suspek.
Kejadian itu
mengejutkan orang ramai kerana ia bukanlah jenayah yang biasa berlaku di kawasan
itu.
Selama 22
tahun saya berkhidmat, inilah kali pertama kami berdepan dengan kes seumpama
ini. Kami pernah mendengar kes ini berlaku di India, tapi bukan di
Pakistan.
Pakaiannya
koyak. Kami membawa turun mayatnya dari pokok dan menghantarnya ke hospital.
Terdapat kesan-kesan pergelutan pada tubuhnya.
Kami sudah
menahan tiga individu yang mengaku melakukan jenayah itu, ujar pegawai polis
senior, Sadaqat Ali Chohan.
Secara
jujurnya, kami sendiri kurang jelas akan tujuan para perogol ini menggantung
mayat gadis yang telah dirogol dan dibunuh di atas pokok berbanding
menyorokkannya di tempat yang sukar ditemui.
Mungkinkah ia
sengaja dilakukan bagi menunjukkan ‘kekuasaan’ mereka terhadap golongan wanita
yang lemah. Credit MNH
No comments:
Post a Comment