KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, pelawak Nabil Ahmad dan keluarga telah pergi bercuti ke kota Paris. Namun percutian mereka sekeluarga mendapat perhatian umum selepas Nabil dikatakan memuat naik foto dia sedang mencium isterinya, Nazirah Ayub menerusi laman Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundangkan teguran oleh para peminatnya yang merasakan ianya kurang sesuai untuk dikongsi bersama kepada umum.
Menurut Nabil, dia kecewa mengapa ada sesetengah individu yang kurang senang dengan foto tersebut sedangkan foto tersebut hanya menunjukkan dia mencium pipi isterinya.
“Saya pun pelik, kenapa sesetengah orang tidak senang dengan gambar itu, saya hanya cium di pipi bukan cium mulut.
“Saya cium isteri saya dan bukan orang lain, kadang-kadang saya pelik artis lain yang belum berkahwin pergi bercuti bersama rileks jer, tak pulak kecoh kecoh,” katanya ditemui selepas sidang media majlis pelancaran sitkom terbaru Astro Warna, Cakap Melayulah di Unitar, Petaling Jaya.
Jelas Nabil lagi, setiap perkara perlu dilihat secara positif contoh terdekat dalam hal seperti ini dia menganggap pasangan berkahwin pada usia yang awal, kemesraaan suami isteri masih mekar.
Dalam pada itu, Nabil turut terlibat dalam menjayakan Sitkom Cakap Melayulah yang akan mula bersiaran pada 23 Jun ini jam 10.30 malam di Astro Warna saluran 132.
Nabil memegang watak sebagai Cikgu Daud di pusat Tuisyen Bahasa Malaysia yang turut dibintangi Shahrol Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan. -- Astro Gempak
No comments:
Post a Comment