Nuffnang

Tuesday, June 24, 2014

Timbalan Menteri pegang saham syarikat konsesi UiTM Tapah



HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Tajuddin Rahman (gambar)mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah, dedah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Fakta ini, jelas Rafizi mengulangi apa yang berlaku dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM apabila setiap syarikat konsesi didapati mempunyai kaitan dengan para pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.


"Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

"Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato’ Tajuddin Rahman.

"Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato’ Tajuddin Rahman," dedah Rafizi.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut mendedahkan hubungan seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd, Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu dengan Dato’ Tajuddin Rahman melalui usahasama perniagaan.

Menurutnya, selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh mempunyai hubungan dalam sebuah syarikat pembinaan, Everfine Resources Sdn Bhd dengan Tajuddin sebagai pengerusi dan Vignesh sebagai pengarah.

Jelas beliau, kepentingan Tajuddin dalam syarikat konsesi pembinaan kampus UiTM Tapah dipegang melalui Detik Utuh Sdn Bhd yang mempunyai 9.8% kepentingan dalam UniTapah Sdn Bhd; manakala saham selebihnya dipegang syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Dato’ Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato’ Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood," ujar Rafizi.

Rafizi menambah, walaupun pegangan Tajuddin dalam syarikat konsesi terbabit tidak sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah didedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat. - HARAKAHDAILY, 24/6/2014

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung