Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, July 14, 2014

Benarkah Ayam Di Giant Tak sembelih ? Giant siasat dakwaan ayam tidak disembelih




  • Gambar yang tersebar di laman Facebook.Gambar yang tersebar di laman Facebook.
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.

Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkan.
“Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul," katanya
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung