Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, July 29, 2014

Data Awal Dari Kotak Hitam MH 17 Diperolehi.


Kiev (Ukraine): Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar.Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka ‘sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku’.
Foto
KOTAK hitam pesawat MH17. FOTO Reuters

Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. – AFP
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung