Nuffnang

Sunday, July 13, 2014

Hasrat hendak Berkahwin Gadis Viatnam Yang Hamil..Tak Kesampain


  • Ahmad Bashah (kiri) berbincang dengan Mohamad Fitri (tengah) mengenai bekalan minyak masak ketika melawat pasar raya besar, semalam.Ahmad Bashah (kiri) berbincang dengan Mohamad Fitri (tengah) mengenai bekalan minyak masak ketika melawat pasar raya besar, semalam.
 1 / 1 
IPOH – Seorang lelaki terpaksa melupakan hasratnya untuk melangsungkan perkahwinan Rabu ini, apabila tunangnya bakal dihantar pulang ke Vietnam selepas ditahan Jabatan Imigresen Lumut minggu lalu.

Siaw Yong Chuong, 33 berkata, dia bimbang kerana tunangnya, Nguyen Thi Tuyen, 24, yang mengandung tujuh bulan kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Teluk Intan untuk dihantar pulang ke negara asal.

Menurutnya, wanita itu ditahan selepas Jabatan Imigresen Lumut mendapati cop pas lawatan lanjutannya sebelum ini palsu selepas setahun tinggal di negara ini.

“Kami pergi ke Jabatan Pendaftaran dan tetapkan Rabu ini untuk langsungkan upacara perkahwinan. Kami juga terima pengesahan dari Vietnam berhubung status bakal isteri saya itu.

“Kami turut ke Pejabat Imigresen untuk lanjutkan pas lawatan sosial bagi mengelakkan sebarang masalah ketika majlis berlangsung. Namun saya terkejut dia ditahan setelah cop pas lawatan lanjutan sebelum ini didapati palsu,” katanya pada sidang media bersama Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham di Wisma DAP di sini, semalam.

Yong Chuong berkata, tunangnya menjadi mangsa kegiatan pemalsuan dokumen dan penipuan dilakukan seorang ejen bernama Siau Yu.

Katanya, tunangnya perlu membayar sebanyak RM350 setiap kali mahu melanjutkan pas lawatan sosial.

“Saya mohon polis bertindak segera supaya Thi Tuyen tidak dihantar balik ke Vietnam,” katanya.

Sementara itu, Koo Ham berkata, beliau berharap ejen seperti Siau Yu segera dikenakan tindakan segera supaya orang ramai tidak terus menjadi mangsa.

“Thi Tuyen diperlukan untuk menjadi saksi terhadap kegiatan pemalsuan dokumen dan penipuan yang mungkin melibatkan ramai mangsa ejen pemerdagangan manusia ini.Pihak Imigresen perlu ambil tindakan segera berikutan ejen itu masih bebas,” katanya.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Ahmed Syam Che Kub berkata, Yong Chuong akan dipanggil hadir ke Pejabat Imigresen Lumut untuk mendapatkan gambaran mengenai  kes itu.

“Kita dapati cop dalam pasport wanita terbabit palsu dan kita mohon kepada timbalan pendakwa raya untuk menahan tanpa mendakwanya," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung