Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, July 15, 2014

Perghh : [ Tok Wan ] 25 Kali Kahwin , Tapi Di Tangkap Khalwat.

25 kali kahwin tapi ditangkap khalwat


KUALA TERENGGANU : Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.
Bersalah khalwat
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Alias didakwa berkhalwat dengan seorang tukang cuci yang juga isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, jam 5 pagi pada 10 Mei lalu
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung