Nuffnang

Thursday, August 21, 2014

Inilah wajah Yang Dituduh curi duit mangsa MH370

Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.

Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.
FOTO Khairull Azry Bidin.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd

Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung