Nuffnang

Thursday, August 21, 2014

2 Gambar Mujahidin Malaysia maut di tembak kereta kebal di Syria

2 Gambar Mujahidin Malaysia maut di tembak kereta kebal di Syria

Salah seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini.

Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.
Maklumat lanjut berhubung kematian beliau tidak dapat diperoleh kerana tinjauan Mynewshub mendapati laman web yang berkenaan telah dihalang (block) oleh pihak Facebook.
Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.
Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.
Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) atau Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.
Apa pun, beruntunglah allahyarham Abu Turab andai dirinya gugur sebagai syahid sebagai mana diidam-idamkan olehnya dan rakan-rakan. Al-fatihah  Mynewshub

15 comments:

Anonymous said...

Syahid? Wallahualam. Saya telah banyak membaca dan belajar dengan guru agama yang bertauliah. Pada pemahaman saya, syahid yang didefinasikan adalah jauh dari apa yang diperkatakan tentang syahid yang digemburkan dengan rakyat malayia yang "berperang" di negara orang dengan sesama akidah. Its just that i would consider these malaysians as committing suicide based on my learning of agama islam sebenarnya. Saya berpendapat tindakan kurang bijak berperang di negara islam yang lain. Isteri menjadi janda,anak2 jadi yatim.....itukah jihad fan syahid ? Wallahualam. Saya rela mati syahid dinegara sendiri untuk menegak agama islam yang sebenarnya.

Penulis Rindu said...

Walaikum Salam..pandangan yang diberikan di atas adalah pandangan penulis blogger MYhubnews bukan pandangan saya..sama sama kita menilainya sendiri

Anonymous said...

abu luqman.. tak perlu sebut "bukan pandangan saya" sebab takkan komen artikel sendiri kot.. lebih2 lagi komennya bertentangan.. heeee.. sekadar menasihat cara menulis dengan betul..

Anonymous said...

abu luqman.. tak perlu sebut "bukan pandangan saya" sebab takkan komen artikel sendiri kot.. lebih2 lagi komennya bertentangan.. heeee.. sekadar menasihat cara menulis dengan betul..

JAKA said...

tak perlu berbahas syahid atau tidak.

yg penting niat ikhlas apa yg diperjuangkan. membela umat islam dizalimi.

bg yg 'tak sampai seru' utk berjihad, buatlah ikut tahap masing2.

bg yg mengatakan tidak syahid, apa bukti anda beliau tidak syahid? lebih baik doakan beliau syahid.

kalau nk pasti selepas beberapa lama, dilihat semula jenazah beliau, insyaallah ada tanda2nya.

tidak semestinya syahid mesti dinegara sendiri. bukankah umat islam itu bersaudara. kalau bantuan kemanusiaan pun kita beri ke negara lain, apakah bantuan darah dan nyawa tidak ada nilai pula?

betul ke anda sanggup syahid hanya dalam negara? belum tentu. telah ramai umat islam menjadi munafik sekongkol jadi agen penjajah kerana nak hidup dan takutkan syahid. malah di palestin pun ada yg jadi talibarut israel.

jadi bukan tempat yg jadi ukuran tapi keimanan dan cintanya akhirat lebih dr dunia yg membawa kaki ini berjihad dibumi umat islam dimana saja pun.

contoh senangla, jika Kaabah diserang, apakah hanya umat islam saudi saja yg bertanggungjawab? apakah formula ini kita pakai utk umat islam mynmar yg sedang disembelih? kerana mereka negara lain, biaq pi laaa

dimana saja ada umat islam sedang dizalimi, disitu ada peluang jihad kemanusian atau kekuatan utk seluruh umat islam.

sikap terbaik kita doakan beliau 'insyaallah syahid'.

JAKA said...

anon; 'Isteri menjadi janda,anak2 jadi yatim.....itukah jihad fan syahid ?'

tanpa berperang pun isteri blh jadi janda, anak blh jadi yatim.

kenapa bila berjihad saja isu ini diungkit. ketika anggota keselamatan terkorban demi negara, tak timbul isu ini.

soal hidup mati adalah lumrah. kematian atas jalan apa yg perlu dibetulkan.

blh jadi anak isteri yg ditinggalkan telah redho dan telah diurus keperluan hidup mereka oleh pejuang.

bersangka baiklah.

akhirnya kita merasa bahawa mereka berjihad itu memang atas jalan yg betul, sebb itu byk sgt hujah2 remeh begini timbul.

ketika suami2 mati kemalangan sebab mabuk dijalanraya, tidak timbul pula anak2 jadi yatim dan isteri jadi janda.

wallahualam

Anonymous said...

Anon 8:40, jangan berhujah dengan berkata aku belajar dengan banyak guru bertauliah kerana banyak terdapat guru bertauliah yang berfatwa kerana keuntungan dunia semata-mata malah terkadang lebih munafik pada amal perbuatan mereka.

Anonymous said...

Apapun lebih baik mati dlm keadaan Husnul Khotimah sperti Allahyarham krna beliau sempat mengucap syahadah dari mati dlm kesenangan tanpa ada niat nak berjuang...hidup ini perjuangan!! Takbir!!!

Anonymous said...

Benar apa yang dikatakan saudara Jaka dan PM. Allah SWT mengetahui niat masing2.. Fitnah zaman sekarang sangat halus. Kecuali sudah benar2 kita tahu dan yakini yang mereka dipihak yan zhalim

Anonymous said...

InsyaAllah

JAKA said...

anon yg berguru tauliah,

walaubagaimana tinggi tauliah pun.. isu ini adalah isu MATI.

tidak ada sesapa walau selori tauliah pun yg dapat menentukan nasib seseorg di barzakh.

org yg memiliki tauliah itu pun tidak tahu nasibnya di akhirat nanti.

so hentilah hujah bengong begitu.

Anonymous said...

JAKA,

saya setuju dgn hujah anda.

-pemudaumno-

Putra IJ80 said...

"JAKA said..."

Tahniah...JAKA..satu penerangan ringkas yg sgt berkesan...

Itu lah ramai di Negara kita ini yg.Islam nya hanya ada pada tiga perkara..1,Bila nk Kawin atu Nikah 2,Bila kenduri doa selamt 3,bila ada kematian..selbh nya Islam pada nama..

Guru guru ustaz ustaz yg mengajar kitab hari nie(Bukn smue)lebih kepada mendapatkan nama kedudukan dan sampul slps.kuliah nya...

Ada ustaz/pendakwah yg.sanggup menjadi tukang karut.mengajar "Soal Jodoh " pda org.tua tua...utk apa? bab hudud di tempelak nya...

jgn maree

Anonymous said...

setuju dgn jaka....kat malaysia yg tak berperang ni lagi ramai janda kot dari gaza nun... balik2 isu syahid ke dak.... yg kat sini sebuk pertahankan kalimah Allah... suruh mengucap haram tak tau kot

brotherz zul said...

Asalammualaikum..
Saya terpanggil untuk menulis komen balasan terhadap komen terdahulu terutama Anon 8.40 yg boleh dikatakan pengecut kerana berani komen dan kritik tapi tidak berani tonjol kan identiti. Anda sebenarnya jahil dalam menentukan mana baik dan buruk dalam istilah Shahid hanya rela berjuang ditempat sendiri, dan guru bertauliah anda itu jelas tidak mendalami ilmu Islam, mungkin hanya sekadar untuk gaji yg tinggi lalu mendapatkan tauliah dari pihak berkuasa, maka setiap ajaran yg dibawanya jelas tersimpang dari landasan, Islam tidak menetapkan dimana mati shahid tetapi jalan mati syahid itu nyata dijelaskan tapi adakah anda dan guru tauliah anda lebih tahu dari para Rasul dan Nabi? Jika anda cetek pengetahuan tolong jangan jadi "sombong bodoh" perlekehkan orang lain dan ini akan menyerlahkan lagi kebodohan anda itu.
Kepada saudara Jaka tahniah penjelasan anda sangat bernas dan ringkas, sama sama lah kita berdoa semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang orang yg beriman.
"Bergurulah dengan guru yg baik maka dapatlah ajaran yg baik, tidak hanya melihat segulung tauliah, ilmu yg baik akan memberi manfaat yg baik kepada masyarakat"

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung