Nuffnang

Thursday, August 14, 2014

Panas !!! Betulka Desas Desus Neelofa Akan Berkahwin Dengan Kerabat Di Raja ?

  • Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini.Neelofa berbual dengan Nik Abdul Aziz ketika mengadakan kunjungan di kediaman pemimpin itu di Pulau Melaka baru-baru ini.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara televisyen popular,
Neelofa akan berkahwin dengan kerabat di raja terus menjadi teka-teki semua pihak.

Apatah lagi apabila pengacara sensasi itu sendiri enggan memberikan sebarang komen berkaitan
 gosip panas itu dan memohon maaf supaya tidak diganggu media.

Bagaimanapun sumber terdekat artis cantik dari Pasir Mas, itu juga memberitahu cerita hangat
di media sosial itu tidak betul.

Berikutan berita yang belum sahih itu, sumber berkenaan berkata, Neelofa mula berasa tidak
 selesa dan agak malu dengan gosip tersebut.

“Saya mendapat tahu sejak berita tersebut tersebar, dia (Neelofa) rasa janggal dan malu dengan
gosip yang mengatakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan kerabat Diraja.


“Siapa yang kata dia akan kahwin dengan kerabat Diraja sedangkan dia sendiri tidak pernah j
umpa dengan kerabat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, sumber terbabit menafikan pertemuan bekas Dewi Remaja bersama bekas
 Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini
menjadi punca kepada khabar angin berkenaan.

“Lagipun pertemuan bersama pemimpin itu adalah untuk dapatkan nasihat daripada beliau
bukannya berbincang pasal jodoh,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung