Nuffnang

Thursday, August 14, 2014

Apa Cerita Ni : Selangor bukan lagi milik PR


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengiktiraf Kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada...Umno pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah.

"Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat (pembangkang) bukan badan berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Beliau diminta kenyataan bekas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim yang mendesak Abdul Khalid melepaskan kerusi menteri besar kerana rakyat Selangor memberikan mandat kepada PR melalui PRU13.

Beliau pada sidang media itu nampak tenang selepas mengharungi krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila dipecat keahlian seumur hidup daripada PKR.

Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan tersebut.

Abdul Khalid berkata, Chang Khim tidak mempunyai hak untuk memintanya berbuat demikian.

“Tak apalah kalau dia ada kuasa untuk saya letak jawatan,” katanya dengan nada sinis.

Pada sidang media sebelumnya, Chang Khim meminta Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar dengan cara terhormat kerana hilang identiti politik dan mandat rakyat kerana telah dipecat.

Ketika diminta mengulas mengenai kerajaan perpaduan ataupun mempelawa Adun Umno menyertai barisan pentadbiran negeri, Abdul Khalid berkata, setakat ini isu tersebut tidak berbangkit dan beliau lebih berminat meneruskan kelangsungan pemerintahan kerajaan negeri secara harmoni dan praktikal.

“Soal menjemput Adun Umno saya akan bincang dengan Exco dan Sultan, (tetapi) buat masa ini tiada isu berbangkit. Saya terima baik sokongan Umno. Buat masa ini saya dan empat Exco Pas dan penjawat awam, kerajaan negeri berjalan mantap,” katanya.

Abdul Khalid berkata, eebarang keputusan menambah anggota Exco perlu mendapat perhatian dan kelulusan daripada barisan Exco sedia ada.

Ketika ditanya status Penasihat Ekonomi Selangor yang dipegang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dipertimbangkan bersama Exco yang lain.

“Status Penasihat Ekonomi Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco,” katanya sambil tersenyum.

Abdul Khalid juga menjelaskan bahawa nasib ahli majlis pihak berkuasa tempatan juga akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

“Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran,” katanya.

Ini pendapat Facebooker Mat Saman Kati.


Kerajaan Selangor sekarang diperintah oleh PAS dan bermenteri besarkan ADUN bebas.
PAS boleh memrintah Selangor tanpa bergabung dengan Umno. Sorang Menteri Besar dan empat EXCO dah cukup.
Kalau PAS membuat keputusan untuk bersama PR dan menolak Khalid, Sultan tidak semestinya perlu menerima MB dari PR. Dia boleh lantik MB dari Umno.
Kalau PAS keluar PR,PAS akan dipersalahkan kerana mengkhianati PR.
Tapi kalau PAS menolak Khalid, PAS juga akan dipersalahkan kerana menyerahkan Selangor kepada Umno.

2 comments:

Ridd said...

Sembang panjang pun tak guna perkara sudah berlaku. Kalau tulis fasa.seksyen,strata dan dasar - dasar PAS ribu helai pun tak guna kalau persefahaman tidak dihormati.

Kawan pada asalnya pun sokong sangat khalid sampai lah berita pemecatan dan sokong 4 exco PAS. Tak ke perkara seperti ini satu kejutan pada PR. Dan pula salah seorang exco dari PAS berkata ia hadir kerana arahan dari parti .....apa ni ....ni dipanggil strategi ke?
Kawan bukan maki tapi nak kongsi dan itu bukanlah strategi tapi bunuh rakan kongsi.

Kalau PAS berjaya meyakinkan pihak PR untuk bersama kembali....rasa2 lah. Adakah kepercayaan masih sama seperti dulu. Adakah penyokong2 PR pula akan percaya pada PAS ?

Tidak perlu cerita PAS wujud atas dasar ini dan itu. Cerita sekarang adakah PAS dapat kembalikan kepercayaan pengundi2 yang undi PR pada PRU akan datang. Baik berterus terang saja. PAS menang dalam PRU yg lalu bukan kerana mereka sokong PAS. Tidak...tidak sama sekali.
PAS menang dari sokongan pengundi2 PR.

Kota Damansara adalah contoh paling baik untuk mengenal PAS....keputusan PRU yang lepas :

Halimaton Saadiah Bohan (BN) 16,387
Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) 14,860
Ridzuan Ismail (Pas) 7,312

Bandingkan walaupun PR dicabar tapi masih mampu bersaing dgn parti lawan iaitu BN. PAS berkeras untuk bertanding juga pada masa itu termasuklah 2 dari parti bebas. Tapi kenapa dari 2 parti PR yang bertanding, pengundi masih lagi undi PKR dan bezanya lebih 50% undian.
Kota Damasara contoh terbaik untuk kita wajib tahu siapa PAS sebenarnya.
Penyokong2 PAS tidak perlu melontarkan kata " tanpa PR pun PAS boleh menang". PR pun tidak akan terasa atau berkecil hati dengan kata kata tersebut malah mereka berasa bersyukur kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan parti pembelit dan pasti PR akan hilang sokongan sekira menerus kat bersama PAS.

Kawan sarankan PAS keluar saja dari PR.

Mat Kelubi said...

cer pikir balik kenapa kerusi parlimen PKR di Kelantan semuanya kalah..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung