Nuffnang

Wednesday, August 13, 2014

Panas panas.TAN SI KHALID Pecat EXCO Dari PKR Dan DAP.


Abdul Khalid pecat exco PKR, DAP
Abdul Khalid pecat exco PKR, DAP - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat dua exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.

Abdul Khalid menyatakan, semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Abdul Khalid berkata arahan pemecatan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Exco DAP dan PKR hari ini sudah tandatangani satu surat supaya diadakan satu blok (berpakat) bertujuan untuk mengurangkan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri.

"Oleh sebab itu, saya telah minta dan tulis surat kepada baginda Sultan agar anggota Exco ini tidak teruskan kerja mereka sebagai Exco," katanya.

Tiga anggota Exco dari DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V.Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco dari PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menjelaskan, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan anggota Exco dari PAS bagi membincangkan mengenai pentadbiran kerajaan Selangor.

"Melalui perbincangan ini, saya berharap pentadbiran Selangor dapat berjalan dengan mantap dan semua program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau ada menghantar surat untuk menyertai PAS, Abdul Khalid menafikannya.

Enam anggota Exco terlibat hari ini dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata, dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik.

"Abdul Khalid dan MMKN juga tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

"Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi Abdul Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka.

4 comments:

Anonymous said...

tabik!
wlu ggp tapi mantap!
..lawak merapu dana 2lakibini bukan lucu daa..
moga tuhan mempemudahkan org yg iklas/sabar ini.amin.

Anonymous said...

Semoga Allah merahmati MB Khalid Ibrahim, Aminn...

Anonymous said...

Hidup tak ada prinsip. Ini la jadinya. Kejadian ini menunjukkan belang dan sikap sebenar tski yg membelakangi parti yg didokonginya.Tambah buruk sikap PAS yg bodoh dan perasan diri tu kuat dgn sokongan rakyat. Maaf PAS tolong cermin diri dulu. Ustaz2 / ulama yg kononnya hebat dlm PAS. .kena bab TSKI terus terkedu. BN dah ambil kesempatan sokong TSKI tanpa syarat, PAS masih terkial2..memang PAS ni lembap sungguh. Terkial2 bila nak buat keputusan. DAP & PKR terus decide tolak TSKI dan PAS baru nak kaji. Hampa punya arwah bekas presiden ustaz fadzil (aku respect) pernah berkata ' bila musuh start memuji kita maka berhati2 la kerana dia sedang memasang umpan dan perangkap utk merosakkan parti kita'..aiii takkan kepimpinan PAS buat lupa pulak...sangap la hampa nie.

Anonymous said...

syg malaysia!- prinsip tski.sekian kali jasamu terbaik!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung