Nuffnang

Monday, September 1, 2014

PAS Selangor lulus usul kutuk dan kecam dua ADUN sokong Wan Azizah


PAS Selangor lulus usul kutuk dan kecam dua ADUN sokong Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Usul mengutuk dan mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan kepada ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu diluluskan.
Ia diluluskan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kali ke-26 yag berlangsung di Klang.
Menurut posting Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
Sebelum ini30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakansokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.
Sokongan tersebut sekaligus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini.
Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali sebelum ini memaklumkan, perbincangan akan dibuatmelalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu untuk menentukan nasib dua ADUN tersebut.
BagaimanapunSaari dilaporkan bersedia untuk dipecatdari partinya akibat mengambil tindakan menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. – Awani
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

0 comments

2 comments:

Anonymous said...

sy teringat komen blog mfauzan.

adalah tidak adil jika kita nak anak2 kita taat kepada kita tapi pada masa yang sama kita sokong anak jiran yang durhaka pada ibubapa dia.

Anti Fitnah said...

Rupa-rupanya ramai juga munafikun dalam PAS mutakhir ni. Cakap berbelit-belit. Sedih melihat orang Islam yang lidahnya dah bercabang. Bertambah sedih lagi bila membaca komen anon Sept 1, 9.00 am. Memang benar dan nampak sangat sifat ketam pada orang PAS, tambahan lagi PAS Selangor.
Memang jelas PAS berminat pada jawatan MB.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung