SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata!
Kisah (a)
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh' tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan si mati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......
Pengajaran:
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah (b)
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, di hadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan.
Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur si mati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...
Namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan
diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran....
16 comments:
Mintak tolong bloger jgn post dan sebarkan artikel yg bodoh dan membodoh orang melayu lagi. Kita dah sedia bodoh dan diperbodohkan selama ni. Cerita mcm bdk tadika.
Ini karya esei agung mengalahkan shakespeare wahai marhaen
Pungut dari tong sampah mana ni?
bolo punya author
npe plak...ni semua blh dijadikan pengajaran.jgn suke2 persenda agama..npe korg nak mrh?
Bagi aku koordinate tempat berlaku kejadian ni. Aku nak hantor Ghost Buster hambat budak tu.
Nak pindah kubur bukan senang. Kena kelulusan Jabatan Ugama. Kalau nak pindah ke kubur Kristian mesti ada gereja yang hendak menerimanya. Semua itu mesti dilakukan dengan dokumen. Mana dokumennya.
Lama tak gelak...
Cerita ni mcm kes plagiat assignment kat universiti, nota kaki tak ada, rujukan artikel pun tak ada lepas tu nak suruh orang percaya...piiraaaaah bodoh tahap bangang .
Tak pasti btl @ tak.
Tapi ada terkandung pengajaran.....
Podah bangang puny a blogger otak belacan.
Jangan dok perbodohkan orang.
mungkin ini kisah benar cuma admin ringkas kn.tak kan la dia nk bgtau mntk kebenaran jabtn agama la..gereja la..pembaca xnak tau la smua tu.cukup ringkas tapi mmberi pngajaran. korang xpyh pk bkn2 la.buat pening paler je
mungkin ini kisah benar cuma admin ringkas kn.tak kan la dia nk bgtau mntk kebenaran jabtn agama la..gereja la..pembaca xnak tau la smua tu.cukup ringkas tapi mmberi pngajaran. korang xpyh pk bkn2 la.buat pening paler je
Tolong beritahu di negeri mana kejadian ini berlaku. Hanya Mufti yang boleh beri kebenaran pindah kubur. Boleh tanya Mufti berkenaan cerita penipu ini benar atau tidak. Ini bukan cerita pengajaran tetapi cerita yang boleh menyesatkan orang Islam.
Post a Comment