Nuffnang
Saturday, October 4, 2014
YB Azmin Ali MB Selangor Buat Lawatan Mengejut Di Pusat Pelupusan Sampah.
Omak Kau mendapat kiriman beberapa gambar yang memperlihatkan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali telah membuat lawatan mengejut disatu kawasan pelupusan sampah haram katanya di sebuah kawasan dalam Daerah Selayang.
Turut mengiringi Menteri Besar dalam lawatan mengejut turun padang tinjau dengan mata kepala sendiri itu ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Selangor Eli Wong, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Azizi Mohd Zin, ADUN Sri Andalas Dr Xavier dll pegawai MPS.
Punyalah YAB Azmin Ali membuat terjahan sampai panjat lori dan serbu pondok kawalan pos.
Kalau dilihat pada rakaman gambar-gambar tersebut ternyata amat jelas, tempat pelupusan sampah haram ini sudah wujud agak lama.
Peliknya apa yang para wakil rakyat buat selama ini?
Eloklah buat terjahan mengejut bila ada aduan .. tetapi janganlah bersikap seperti penyapu baru .. new broom sweeps clean sebab semasa Pak Lah baru-baru jadi PM tahun 2003 dulu, begini juga cara dia lakukan untuk memukau dan memikat hati rakyat ... dia buat lawatan mengejut di pejabat Pendaftaran Negara dan Imigresen .. masa itu habis semua media arus perdana menyiarkan kisah itu .. memberi gambaran seolah-olah Pak Lah berjiwa rakyat .. merasai denyutan hati rakyat .. faham akan kesusahan rakyat ..
Realitinya??? .. Itulah sahaja dua pejabat yang beliau kunjungi sampailah dia melepaskan jawatan pada tahun 2009.
Rakyat sedang memerhati dan memantau .. penilaiannya akan diberi dalam bentuk undi pada PRU 14 nanti sama ada kita ini benar-benar ikhlas atau sekadar berlakun sandiwara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Baru selesai solat maghrib yg diimamkan oleh DS ANWAR IBRAHIM di majlis tazkirah/iftar Surau Insaniah,Kampung Petani,Permatang Pasir,...
-
susah kalu jenis manusia bebal ni .. org suruh undi pr org nk bg tol free dia undi umno .. pastu duk tuntut ttp tol plak.. Tak cerdik ...
-
ada dok org gerik perak yg boleh sahkan cerita ini? Malaysiakini- Naga putih ditembak mati. Gerik, Perak. Seekor naga telah ditemb...
-
'Tiada perjanjian MB S'gor mesti PKR' Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kep...








3 comments:
Jangan berhenti kat aje azmin oiii..
Pah ni gi bangi, kelang, gombak pulak yer... Kat situ pun sampah boleh tahan jugak. Walaupun tak setinggi Menara KL tapi dekat2 sama tinggi dengan menara MPPJ nun!
Gi, jangan tak gi plak...
Jgn duduk opis sejuk, goyang2 kerusi sambil sengeh2 yer....
Utk makluman tuan2 puan2, Azmin ni selalu turun padang pun semasa dia ADUN lagi
Ada mesej yg beliau nak sampaikan...tersurat : sampah yg mencemar alam sekeliling perlu diuruskan; tersirat : tak mau ada sampah dlm pentadbiran Selangor. Kena pandai baca minda org politik.
Post a Comment