Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, November 8, 2014

5 Gambar Menarik Persiapan Perkahwinan Diraja, TMJ Dan Cik Puan Khaleeda









Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut.



Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya.
" Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat dengan lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini, " katanya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Tunku Mahkota Johor merupakan putera sulung Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung