MASA DEPAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT AKAN DI BINCANGKAN DALAM RETREAT BERMULA PAGI INI HINGGA ESOK. Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. "Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR. Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.
Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak “berpegang kepada janjinya” dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR. Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini. Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. PAS Kelantan sebelum ini bercadang mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi meminda beberapa perkara dalam perlembagaan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu. Umno melalui beberapa pemimpinnya sudah menyatakan akan menyokong rang undang-undang persendirian itu, manakala DAP memberi amaran jika ia dibentangkan, PR akan berakhir. "Kami akan cuba membincangkan isu ini secara terbuka dalam retreat kali ini melalui kertas yang akan dibentangkan presiden,” kata AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. "Kalau kita berjaya mencapai kata sepakat penyelesaiannya, dalaman PAS sendiri dan Pakatan Rakyat akan bersatu tetapi kalau kita gagal, tidak tahulah saya. "Saya penuh harap kita akan mencapai kata sepakat." Namun Salahuddin yakin mereka akan mencapai persetujuan, dan beliau akan membentang segala fakta dan hujah secara objektif berhubung pencapaian PAS bersama PR semenjak tahun 2008.
Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
-
Binatang pun panas..nak sejukan badan... Salam buat semua.. Ya sudah hampir 2 minggu hujan tidak turun...selalunya pada...
No comments:
Post a Comment