Nuffnang

Wednesday, November 5, 2014

Adakah Hanya Mencuri Motosikal Remaja Di Bogel Dan Dimalukan..?

KISAH REMAJA DI BELASAH DAN DI TELANJANGKAN DIHADAPAN ORANG RAMAI KERANA CUBAAN MENCURI MOTOSIKAL MENJADI PERBUALAN HANGAT DI ALAM MAYA. 





Remaja ini dilaporkan ditangkap dalam cubaan mencuri motor, dibelasah dan dibogelkan di hadapan penduduk sekitar. Bukan mau menyebelahi si penjenayah tetapi kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, 

walaupun mencuri itu satu kesalahan. Tindakan ini bukan sahaja memalukan pesalah dan keluarganya, malah menyebabkan masyarakat semakin berani menghukum dengan tangan mereka sendiri. Ini bukan caranya nak mengajar penjenayah. Melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang tidak memperbetulkan tindakan berkenaan malahan sipelaku juga akan diheret kemuka pengadilan kerana ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri. 

Negara kita negara hukum .. ada peraturan dan undang-undang .. ada penguatkuasa undang-undang ... Oleh itu biarlah aliran tatacara undang-undang ini mengambil tempatnya sepertimana kemahuan dan semangat undang-undang itu di cipta. Hentikan perbuatan yang bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi lebih bersifat tiada perasaan kemanusiaan dalam jiwa.  Islam tidak mengajar cara begini.

Copy n Win at: http://bit.ly/copy_win

11 comments:

ras abu said...

baru kena bogel - sepatutnya kerat tangan kalau mencuri

Anonymous said...

Dia dibogel sebab berjaya ditangkap... kalau dia berjaya mencuri... tuan tanah nak tulis apa pulak? Nak buat kutipan amal untuk ganti balik motosikal yang dicuri?

Malaysia ini masuk fasa kelam kabut... ada hudud ditolak mentah-mentah... jadi hentam sajalah.

Anonymous said...

mungkin kali ini kena tangkap. yg lepas2 tu....?

Anonymous said...

tak kena btg hidung sendiri senanglah cakap, kalau brg kau kena curi baru tahu langit tinggi rendah.

Anonymous said...

Booo..HANYA..booo

Anonymous said...

dia mencuri tuan, bukan buat kerja amal. Kalau dia curi moto tuan, adakah tuan bagi hadiah kerana bijak mencuri?..he..he.. gurau aje.

Anonymous said...

lwn tetap lawan!
kalau aq.aq saman diaorang yg dah kasi aq malu+cedera+tuduh mencuri...cis negara ni ada undang2.silap hari bulan aq bebas bergaya.amik kau

Anonymous said...

kalau betul undang2 betul dilaksanakan, takde le makin ramai nak mencuri.. adeih...

Anonymous said...

Kalau aku oatutnya dubogelkan dan di ikat kat pokok yag ada kerengga...panggil orang ramai supaya kenal muka si pencuritu...kemudian panggil mak bapak dia....hahhhh...baru padan muka.

Anonymous said...

Jika kita melindungi/menutup aib orang lain , ALLAH akan menutup keaiban kita diakhirat kelak. Matan hadis.Kembali lah kita kepada Allah dan Rasul.Remaja tu patut diberi nasihat.

Anonymous said...

yg tengok tu pulak ramai tangkap stim..apehall

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung