Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, November 1, 2014

Adik Timbalan Menteri Kewangan Yang Memandu Kereta Bently Terselamat Darlam Kemalangan.


NASIB BAIK ADIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, DATUK AHMAD MASLAN PANDU KERETA BENTLEY YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.



Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.

“Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan,” katanya.

Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.

“Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.

“Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung