Nuffnang

Thursday, November 27, 2014

Azmin: Inkuiri awam pada staf Khalid, silakan . Ekoran Pampasan Lebih 2 juta

azmin ali m
LAPORAN audit berhubung pampasan kontroversi lebih RM2 juta kepada kakitangan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Azmin Ali berkata, ia akan disahkan oleh mesyuarat exco esok dan dibentangkan kepada DUN untuk tindakan lanjut pada minggu depan.
Katanya, terpulang kepada DUN sama ada mahu mengadakan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dalam isu itu.
“Soal tindakan, termasuk sekiranya ada cadangan supaya pendengaran awam, itu saya serahkan pada speaker dan jawatankuasa Dewan dan jawatankuasa Selcat sekiranya bercadang mengadakan pendengaran awam.
“Kerajaan negeri tidak halang,” katanya lagi sambil menegaskan tidak akan kompromi dalam “soal yang tak menepati garis panduan dan peraturan”.
Sebelum ini, Khalid berkata beliau mengikut prosedur dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin dan bekas setiausaha akhbar Arfa’eza Aziz.
Mengulas laporan audit itu, beliau berkata beberapa terma kontrak dan garis panduan tidak dipenuhi.
“Ada juga pegawai yang berkhidmat tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda,”kata Azmin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung pemberian pampasan itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung