Nuffnang

Thursday, November 13, 2014

Desakan DAP ada niat lain, dakwa Nik Abduh

  • Nik Abduh Nik Abdul AzizNik Abduh Nik Abdul Aziz
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Desakan DAP yang berulang-ulang terhadap kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat seolah-olah mempunyai niat lain.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.

"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.

"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Kalu boss mu tak berminat menjadi presiden tendang saja.
Aku nak presiden yg bertanggung jawab, yg buat kerja, yang diharap, yg amanah.

Jangan main2 syak orang lain ada niat sebarangan. Bengong punya ajk.

Yang puak UG nak berkerjasama dengan umgokk buat tak tahu. bengong.

Buat2 tak nampak. tak tengok whasapp Dr zuhdi ke!!.Bengong.

Puak2 ni memang melingkupkan PAS. Mungkin dia ni sb umgokk.

Anonymous said...

setan nik abduh nie memang ajen Umno.sbb tu semua tindakan dia nampak sealiran dgn Umno.

Anonymous said...

Apa tindakkan pas pada puak kemaruk ug ni.
minta ajk pas lain desak tuntut puak2 ug ni istiharkan diri yg mereka ni mau ber ug dgn umno. Biar penyokong2 tahu.

Anonymous said...

PAS asyik salah orang diri sendiri bodoh betoi kalau pakatan maksud mesyuarat apa pun hadir supaya keputusan dapat di buat bersama...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung