Nuffnang

Sunday, November 2, 2014

Lelaki bakar rumah sendiri di Georgetown, tengahari tadi


Lelaki bakar rumah sendiri di Georgetown, semalam

kebakaran-rumah
PELIK lagi mengejutkan apabila seorang lelaki sanggup membakar kediamannya sendiri pada jam 1 petang tadi di tingkat tiga Flat Desa Selatan, Georgetown.
Lelaki tersebut disyaki kurang siuman kerana cuma orang gila rasanya yang sanggup melakukan perkara sebegitu.
Tindakan lelaki berusia 60 tahun tersebut menyebabkan rumah yang didiami hangus dijilat api hampir 60 peratus pada bahagian dapur dan ruang tamu.
Jiran terdekat yang menyedari kebakaran terkejut apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari rumah terbabit segera menghalang lelaki berkenaan terus bermain api. Mereka juga bertindak segera memadamkan api yang marak menggunakan air paip.
Atas bantuan dan kerjasama penduduk setempat akhirnya api berjaya dipadam dalam beberapa minit.
Insiden ini disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Kini, lelaki tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan namun dia diberitakan tidak mengalami sebarang kecederaan. –MYNEWSHUB.CC

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung