Nuffnang

Friday, November 14, 2014

Mayat Wanita Dalam Lubang Kumbahan.




Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui mati di dalam lubang 
kumbahan di sebuah rumah banglo di Jalan Setia Murni 11, Bukit Damansara di sini, 
dipercayai dibunuh tiga bulan lalu.
Menurut sumber polis, mayat ditemui kira-kira jam 6.30 petang ini dalam keadaan reput dan 
tidak sempurna anggota badan. Sumber polis berkata mayat ditemui orang awam 
yang terhidu bau busuk sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.
"Beberapa individu turut ditahan sebaik mayat wanita itu dijumpai bagi membantu siasatan.
“Banglo ini masih belum siap sepenuhnya, dan polis masih menyiasat sama ada mayat 
wanita ini sengaja di buang di kawasan ini atau sebaliknya," kata sumber.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee 
Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat itu dan berkata,
 siasatan lanjut masih diteruskan.»




- See more at: http://www.hmetro

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung