Nuffnang

Thursday, November 20, 2014

SEMPOII : Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak

Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak | Gara-gara berang 
terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang
 ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit
 secara sendirian. Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan 
dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim,
 Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki Menunggang 
 motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu 
untuk merompak pada pukul 11.36 malam.

Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih
 arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya. Pemangku Ketua
 Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata,
 kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan 
telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus 
pergaduhan. “Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan 
itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya 
dengan objek tumpul. “Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul 
terjatuh kedalam tasik . 

Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal. 
“Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat
 kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat 
mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya. A. Asmadi berkata, bapa mangsa 
tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya 
mengenai kejadian itu. “Salah seorang kawan mangsa memberitahu 
mereka kenal dengan ketua kumpulan itu. “Ahli perniagaan itu kemudian
 mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada
 polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 
13 hingga 16 tahun.

Suspek yang telah ditangkap
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang 
disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Orang ramai yang 
mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis 
di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran. via Aans1.

4 comments:

Anonymous said...

Apa polis BUAT ????? Bapa sendiri kena gi cari Pembunuh anak ???? what the f**KKKKK....

Anonymous said...

Sebelum ni DS Najib kata UMNO Selangor 'LEMBAB' .adakah Menteri dalam negeri nak kata PDRM 'LEMBAB"?

Anonymous said...

pdrm hanya lembab utk kebaikan rakyat..tangkas lincah bila umno diusikkan..kisah benar saya sendiri..awal tahun 2014 ni..bnyk ternakan ayam kampung dicurikan..saya intipkan dan kejarkan dgn motor pencuri2 tu..wpun bahaya . Dapat no motor tu CBG 61XX..honda putih, terus buatkan repot (repot ke3) dibalai polis kat situ..jawabnya`` kami tidak boleh tolong``..alasannya kurang staff..akhirnya saya terpaksa tutupkan projek tu..

Anonymous said...

Polis tu hanya layan report dari Kulup je ke?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung