Nuffnang

Tuesday, November 18, 2014

Smart Tang Yang Bermasaalh Pada Musim Hujan..Anda Pernah Alami ?


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajetsmartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.
gambar smartTAG baru
Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.
gambar bateri smartTAG baru
Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Gobertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.
Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.
smartTAG baru komplen dari pengguna
smartTAG baru komplen dari pengguna
Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.
masalah smartTAG baru
masalah smartTAG baru
masalah smartTAG baru

1 comment:

Anonymous said...

dulu aku byk kali sangkut pasal smartag ini. ada bbrp kali nyaris tak langgar palang. 3 kali pergi counter plus minta tukar kad, petugas kata tak ada problem dgn kad sbb top up ok aje.

skrg ok sbb :

1. tukar kad baru.
2. bila tak guna atau kat rumah, keluarkan bateri dia.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung